Categories: Eat Travel

Popular dengan kes jenayah, namun Mexico kepulauan indah yang ramai tidak tahu

Mexico, sering dianggap negara yang tidak selamat untuk dikunjungi kerana kegiatan jenayah yang berleluasa dan boleh mengancam keselamatan pelancong.

Apa tah lagi, negara itu sering dikaitkan dengan markas kartel-kartel besar dadah yang dikatakan amat berkuasa.

Foto: Mexperience

Ternyata reputasi jenayah di negara itu sebagaimana dipaparkan media seluruh dunia, membuatkan ramai berfikir dua kali untuk menjadikan Mexico sebagai destinasi percutian mereka gara-gara bimbangkan keselamatan mereka.

Sebenarnya terdapat banyak destinasi menarik di Mexico antaranya pantai di Tulum, Playa Mazunte dan Troncones

Foto: imagenesmy

Tulum adalah bandar di Mexico yang berpanoramakan lautan Caribbean. Laut Caribbean sememangnya cukup terkenal dengan air yang jernih berwarna biru.

Salah satu lokasi mempesonakan terdapat di Tulum adalah Gran Cenote. Iaitu sebuah gua di mana bersemadinya air yang sangat jernih dan lokasi ini wajib anda kunjungi jika berada di Tulum.

Foto: Feather and the Wind

Berdasarkan komen yang ditinggalkan di ruangan komen Trip Advisor, ramai yang berkata tempat itu mempunyai suasana yang sangat mendamaikan dan berbaloi untuk dikunjungi.

Jangan tak tahu, penyanyi dan pencipta lagu, Yunalis Zarai dan suaminya, Adam pernah memilih lokasi ini sebagai destinasi berbulan madu mereka.

Foto: Instagram Yuna

Menerusi gambar-gambar yang dikongsi di laman Instagram Yuna tidak lama dulu, ternyata Mexico memang sebuah negara yang indah terutama pantainya.

Sumber: The Vocket

Yanie Baharom