Dipanggil Perempuan Sundal, Sarah Hilderbrand Nekad Bawa Diri

Pelakon, pengacara dan model, Sarah Hilderbrand kesal dengan segelintir rakyat Malaysia yang terlampau senang untuk menghakimi dan melemparkan kata-kata kesat kepada orang lain walaupun menganuti agama yang sama.

Perkongsian yang dimuat naik di ruangan Instagram Story itu merupakan komen dari salah seorang netizen yang menggelar dirinya sebagai ‘perempuan sundal’ dek kerana berkahwin dengan jejaka asing serta melihat kepada penampilan terkini beliau.

Menurut Sarah atau nama sebenarnya, Nur Sarah Marie Hildebrand Asyraf Hildebrand, 32, mentaliti tersebut merupakan sebab utama kenapa beliau meninggalkan Malaysia dan berhijrah ke Amerika Syarikat.

“Saya diberkati dan sangat bertuah kerana mempunyai peluang untuk berhijrah dan memulakan kehidupan baru. Saya minta maaf kepada anda yang tidak mahu apa-apa selain meninggalkan Malaysia. Saya benar-benar faham dan bersimpati.

“Saya harap satu hari nanti Malaysia akan menjadi negara yang lebih sihat dan progresif untuk didiami. Saya harap mentaliti akan berubah supaya orang ramai tidak tertekan hidup sesama sendiri. Saya berharap yang terbaik untuk Malaysia dan rakyat Malaysia,” tulisnya.

Pada 17 April lalu, Sarah mengejutkan ramai pihak apabila memuat naik video mengenai persaraannya dalam industri seni tanah air.

 

Sumber: Instagram

Salma Syahbuddin