“Saya Bukan Zalim! Tapi Masih Ramai Yang Tak Tahu..” – Along Cham Dedah Punca Kenapa Larang Bekas Isteri Jumpa Anak

Selepas dilemparkan dengan kata-kata kesat dan kecaman dari netizen, Along Cham tampil menjelaskan punca sebenar kenapa dia didakwa melarang bekas isterinya yang juga penyanyi, Zila Seeron untuk berjumpa anak mereka, Ahmad Danial.

Memetik laporan Gempak, Along atau nama sebenarnya, Muhammad Nizamuddin Ahmad, 39,  hanya mengikut perintah daripada mahkamah dimana Zila tidak dibenarkan membawa Danial keluar ataupun tidur di rumah bekas isterinya itu.

Malah, tindakannya yang dianggap sebagai zalim oleh kebanyakan netizen ini sebenarnya adalah yang paling baik dan ‘lembut’ jika dibandingkan dengan mana-mana pasangan yang sudah bercerai dan melarang bekas isteri yang nusyuz untuk bertemu anak sendiri.

“Ada yang mungkin tak faham dengan situasi sebenar kami atau tidak mengikuti kes perceraian kami. Dan bagi yang baru sahaja ikuti kes kami  mungkin akan kata saya zalim… Saya tidak zalim! Tapi mungkin ramai yang taktahu. Ini kerana, dalam perintah mahkamah, dia memang hanya dibenarkan untuk melawat anak sahaja.

“Walaupun saya tidak pernah bercerita mengenai punca kenapa kami bercerai tapi… saya tidak pernah larang dia untuk datang jenguk anak. Dan pastinya ramai yang faham juga tentang hukum nusyuz, katanya.

Sementara itu, Along memaklumkan bahawa kali terakhir Zila bertemu Danial adalah sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) namun, mereka berdua tetap berhubung menerusi panggilan telefon.

Sekadar info, Along mendirikan rumah tangga bersama Zila pada 23 Januari 2010 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Ahmad Danial sebelum bercerai dengan talak satu pada Ogos 2016.

 

 

Sumber: Gempak

Salma Syahbuddin