“Diraba & Ditendang Pegawai Agama Ketika Dalam Tahanan” – Sajat Dedah Dikongkong Di Negara Sendiri Menerusi Laporan The New York Times

Kisah mengenai usahawan kosmetik, Nur Sajat Kamaruzzaman atau lebih dikenali sebagai Sajat kini mendapat perhatian media antarabangsa selepas berita mengenai penghijrahannya ke Australia tular sejak beberapa hari  ini.

Kisahnya yang diburu pihak berkuasa akibat mengenakan hijab juga menjadi laporan di ruangan antarabangsa, The New York Times.

Menerusi temu bual yang berlangsung bersama media antarabangsa itu, Nur Sajat memaklumkan dia kini berasa lebih bebas dan tidak terkongkong seperti di negaranya sendiri. Malah, mengakui menemui dirinya yang sebenar di negara tersebut.

“Saya rasa terkongkong di negara sendiri, di tempat saya dilahirkan sebab undang-undang menjenayahkan saya dan menganggap saya sebagai lelaki,” katanya.

Dakwa diraba pihak berkuasa

Namun, apa yang lebih mengejutkan ketika sesi temu bual bersama The New York Times, Sajat mendakwa dirinya telah diraba pihak berkuasa agama ketika dipanggil memberi keterangan pada Januari lalu.

Menurutnya, perkara itu disaksikan sendiri oleh ibunya yang turut menyifatkan perbuatan itu tidak sepatutnya dilakukan oleh pihak terbabit.

“Mereka berasa tidak salah menyentuh bahagian sulit dan dada kerana menganggap saya lelaki. Mereka tidak melayan saya dengan belas kasihan atau kemanusiaan.” jelasnya.

Bagaimanapun, selepas beberapa hari Sajat membuat laporan polis mengenai kejadian tersebut, pihak berkuasa telah memaklumkan seorang pegawai penguatkuasa agama telah dipanggil untuk memberi keterangan.

Terdahulu, Sajat mengesahkan dia telah berhijrah ke Australia dan telah sah ‘bercerai’ talak tiga dengan Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN: “I Boleh Pakai Apa Saja Yang I Nak Kat Sini…” – Dapat Kad Hijau & Kuning, Sajat Kini Menetap di Australia

ARTIKEL BERKAITAN:Sajat Berjaya Lolos Ke Thailand Guna Kereta Api, Ini Jawab KTMB

ARTIKEL BERKAITAN: Bersembunyi Di Kondominium Mewah, Sajat Sudah Ditahan Pihak Imigresen Thailand

 

Sumber: Kosmo, The New York Times

Salma Syahbuddin