Maryam Duriankimchi Selamat Lahirkan Cahaya Mata Sulung

Selebriti media sosial, Maryam Younarae atau lebih dikenali sebagai Maryam Duriankimchi dilaporkan selamat melahirkan cahaya mata sulungnya di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur pada Khamis.

Berita gembira tersebut dikongsi Maryam menerusi hantaran di laman Instagramnya.

 

Bagaimanapun, Maryam dan bayinya dilihat berada dalam keadaan sihat dan stabil selain bersyukur urusan bersalin dipermudahkan.

“Alhamdulillah. Baby dan Maryam sihat. Allah mudahkan bersalin. Terima kasih semua doakan saya,” tulisnya.

Selain itu, menerusi muat naik terkini suaminya, Ryzal Ibrahim memaklumkan, mereka sepakat memilih nama bayi perempuan mereka sebagai Rina bersempena gabungan nama beliau dan isteri, Rizal dan Narae.

“Assalamualaikum warahmatullah. Masya-Allah comelnya puteri kesayangan genggam erat jari ayahnya. Saya namakan puteri kami Rina (Rizal + Narae). Kalau Rizal Maryam jadi Rima, lari nurse dengar nama anak,” katanya.

“Hello baby Rina, congrats both of you!”

Sementara itu, kedua-dua posting pasangan selebriti media sosial ini dibanjiri dengan ucapan tahniah dari rakan-rakan artis dan pengikut setia mereka.

Salma Syahbuddin