FARID KAMIL DIREMAN 4 HARI, BANTU SIASATAN

Berikutan kes Farid Kamil yang telah menampar seorang anggota polis dan memukul dua orang awam semalam, Pelakon dan Pengarah Farid Kamil direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

Majistret Zaki Asyraf Zubir mengeluarkan perintah reman terhadap Farid Kamil, 37 sehingga Isnin depan bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan , Seksyen 90 Akta Polis, Seksyen 15 (1)  (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan.

Farid Kamil yang memakai baju lokap berwarna unggu ini, tiba di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya dengan menaiki trak polis pada 10.07 pagi sebelum diiringi oleh anggota polis ke kamar Majistret pada 10.35 pagi untuk prosiding reman. 

Selesai sahaja prosiding reman tersebut yang berlaku selama 15 minit, kelihatan Farid dibawa keluar pada 10.50 pagi. Turut kelihatan adalah adik Farid Kamil iaitu Fadzil Kamil.

Salma Syahbuddin