FARID KAMIL ALAMI TEKANAN JIWA DAN MASALAH MENTAL – FADZIL ZAHARI

Tidak menolak dakwaan bahawa abangnya itu mempunyai masalah tekanan perasaan dan masalah mental Fadzil Zahari 34 berkata, abangnya itu sudah lama tidak berjumpa dengan anak-anaknya iaitu Muhammad dan Nur Aurora.

“Saya bertemu Farid tiga hari sebelum dia ditahan dan dia ada mengadu katanya tidak bertemu dengan anak-anaknya sudah dua hari. Masa jumpa dekat balai pun dia tanya soalan sama, memang dia merindui anak-anaknya. Ada juga kemungkinan Farid mempunyai masalah mental atau tekanan perasan,”

Itu antara luahan Adik kepada pelakon dan pengarah terkenal ini mengenai isu kontroversi abangnya, Datuk Farid Kamil. 

Farid juga memberitahu bahawa, Isteri Farid Kamil iaitu Datin Diana Danielle tidak dapat dihubungi semenjak kes ini tular di media sosial. 

“Saya rasa pihak sana (Diana) pun sudah bersuara kepada media semalam. Diana tidak dapat dihubungi, saya pun tak pasti mengapa dia tidak dapat hadir sedangkan Farid memerlukan sokongan,” katanya ketika ditemui di Petaling Jaya.

Farid Kamil dan Diana Danielle berkahwin pada 3 November 2012, dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 5 dan Nur Aurora, 3.

Salma Syahbuddin