Disangka Sedang Tidur Rupanya Pelakon Sinetron Ini Sudah Meninggal Dunia

Dunia hiburan Indonesia dikejutkan dengan pemergian pelakon sinetron, Cecep Reza, semalam.

Difahamkan, Cecep meninggal dunia ketika dalam tidur di kediamannya.

Menurut adik kandungnya, Rizky memaklumkan pemergian Cecep disedari oleh anaknya yang baru berusia empat tahun setengah.

“Anaknya mengadu pada kami, beritahu ayahnya tidak bangun-bangun walaupun sudah dikejutkan.

“Kami fikir dia mungkin tidur lagi kerana pagi tadi nampaknya Cecep kelihatan seperti sedang DM (Instagram) dengan rakannya,” katanya kepada Kompas.com.

Tambah Rizky, Cecep pernah memberitahu dia sudah penat untuk berlakon dan mahu berehat. 

“Dia beritahu bukan tidak mahu berlakon selamanya cuma mahu rehat seketika,” kongsinya.

Untuk info, Cecep Reza aktif sebagai jurugambar sejak kebelakangan ini. Sebelum ini, Cecep pernah membintangi sebuah sinetron berjudul Bidadari lakonan bersama Marshanda.

SGMS Faida