Categories: Trending

‘Saya tak suka lelaki Melayu; kalau ‘dating’ mesti di kedai Mamak’ – Instagram ‘influencer’

Setiap wanita pasti ada cita rasa tersendiri dalam memilih pasangan kekasih, tidak kiralah berapa umur lelaki itu, apa bangsanya atau apa status kekayaannya.

Bagaimanapun, sesiapa yang berani mengaku bahawa dia memang suka lelaki kaya pasti akan dikecam teruk.

Itulah apa yang berlaku kepada Sara Anna, seorang pempengaruh media sosial yang langsung tidak segan-silu dalam mendedahkan jenis lelaki yang tidak diminatinya di akaun Instagramnya (@darlingsara_).

Pengguna Twitter (@yourstrulydonnv) merakam dan memuat naik Instagram Story Sara di platform Twitter. Kata-katanya yang penuh kontroversi tidak disenangi oleh sesetengah pihak. Anda tengok sendiri apa yang dikatakan.

Mostly Malaysian ni, dia orang suka bawa I pergi kedai mamak. I tak suka. Sorrylah, bukan memilih tapi I kerja keras bukan untuk I lepak mamak.

I suka fine dining. Mungkin kalau dah lama couple, bolehlah kot, tapi untuk first, second, third, fourth, fifth, sixth, seventh, eighth, ninth, tenth… I nak fine dining.

I suke orang bagi I bunga, I suka dapat hadiah-hadiah, I suka orang puji-puji I. Lepas itu, I punya tahap mengada-ngada I ni, mostly lelaki Melayu tak boleh terima sebab I memang mengada-ngada. Boleh layan ke?”

Wah, berani betul Sara ini! Tetapi adakah apa yang dikatakan itu betul? Benarkah lelaki Melayu suka mengajak teman wanita mereka untuk berjanji temu di kedai mamak?

Apa pendapat anda mengenai kenyataan Sara? Sesetengah pengguna Twitter nyata bersetuju dengan pandangan yang dilontarkan meskipun agak pedih bagi sesetengah pembaca.

Pada masa yang sama, ramai juga orang yang menyokong kenyataan Sara yang juga bekerja sebagai seorang ahli perniagaan.

Tetapi ada pengguna yang mengatakan bahawa penyokong Sara bersifat hipokrit.

“Apabila seorang lelaki mengatakan yang dia inginkan seorang isteri yang masih dara, berhijab dan pandai masak, orang ramai akan naik angin.

“Tetapi apabila ‘dia’ berbuat demikian, orang ramai akan menyokong dan berkata ‘oh, tiada masalah jika dia ingin menyatakan pilihannya,” luah seorang warga net.

Pendapat anda pula bagaimana?

Ad Ops