FT ‘Deactivate’ Instagram, Tegur Hazama Pasal Apex?

Siapa sangka penyanyi yang popular menerusi lagu Ragaman ini nampaknya tampil ‘bersuara’di  akaun twitter beliau mengenai Apex Mentor? 

Protege kepada Hazama ini nampaknya berjaya mencuri perhatian Faizal Tahir atau lebih senang dipanggil FT, apabila nyanyian beliau pada minggu ke-6 konsert #MentorMilenia2019 mendapat pujian.

 

Perkongsian FT ini juga sekaligus mendapat perhatian followers beliau dan mentor Apex sendiri, Hazama.

Saling berbalas komen antara satu sama lain, kedua-dua penyanyi ini sekaligus mengundang tanda tanya dikalangan followers masing-masing apabila ramai yang bersetuju dengan kenyataan yang dibuat oleh penyanyi Ragaman ini mengenai kemantapan vokal dan mutu persembahan Apex.
Apa yang menariknya, terdapat segelintir netizen yang ‘baru’ perasaan clip yang dimuat naik menerusi akaun twitter FT ini sangat kelakar kerana, dibahagian akhir video tersebut FT kelihatan membuat sorakan selepas menonton perlawanan bola. Al-maklumlah, FT kan peminat pasukan Liverpool yang kini tengah hangat mendahului liga bola sepak inggeris.
Apapun, siapa sangka jika FT bergabung bersama Hazama pastinya gabungan dua nama besar ini mampu memberi impak yang sangat besar kepada protege yang terlibat.
Salma Syahbuddin