Diserang Komen Jahat Netizen, Kang Daniel Umum Berehat Daripada Promosi Album?

Bintang K-pop Korea Selatan terkenal, Kang Daniel baru-baru ini telah mengumumkan untuk berehat daripada mempromosikan album “Touchin”, tindakan Kang Daniel itu sekaligus menimbulkan persoalan dalam kalangan netizen. 

 Terbaharu, sebuah posting yang dimuat naik di laman rasmi ‘fan cafe’ miliknya seakan memberi bayangan bahawa beliau kini sedang bertarung dengan masalah kemurungan, perkara ini  telah mencetuskan kerisauan dalam kalangan kelab peminatnya yang dikenali sebagai Danity.

Pelantun “Touchin” dan “What Are You Up To” ini mengakui kecewa apabila sering menjadi target kecaman  warganet.

 

Sumber: www.allkpop.com.my

 

“Saya berharap ada orang dapat menyelamatkan saya. Saya merasakan diri saya sering diawasi malah segala tindak tanduk saya turut mencetuskan spekulasi negatif. Saya berasa kecewa apabila melihat kerjaya seni muzik saya seakan disia-siakan dan melihat keluarga serta peminat saya sendiri terkesan dengan apa yang berlaku terhadap saya ,” ujar Kang Daniel.

Penyanyi kelahiran 1996 itu mengakui tidak mampu bertahan dengan khabar angin yang disebarkan tentang dirinya oleh para haters.

Dalam perkembangan lain, pada 3 Disember yang lalu, Kang Daniel telah menjuarai carta dalam rancangan hiburan SBS MTV‘s ‘The Show‘ dengan trek bertajuk “Touchin’.

 

Syafiqa Irdina