Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari April 5, 2023 @ 4:46pm

Disoal Tentang ‘Bilik’ Denda Anak, Farid Kamil, Diana Danielle Pilih Kunci Mulut

Sebelum ini, pelakon Diana Danielle mendedahkan bahawa suaminya, Farid Kamil mendenda anak perempuannya, Nur Aurora dalam sebuah bilik yang ‘tidak sesuai’ dimasuki atas sebab ingin memberi pengajaran kerana memetik cili di rumah jiran di Instagram.

Susulan itu, memetik laporan Harian Metro, Farid Kamil enggan membuka mulut mengenai bilik tersebut ketika ditemui di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam bagi sebutan kes hadanah hari ini.

Farid dilihat sekadar memberi isyarat tangan yang membawa maksud enggan mengulas mengenai soalan tersebut.

“Takda. Takda apa-apa,” ujarnya ringkas.

Malah, Diana Danielle turut tidak membuka mulut mengenai pendedahan yang dibuatnya menerusi Instagram Stories (IGS) dan terus menjadi tanda tanya kepada ramai pihak.

Diana hanya berjalan ke kenderaan tanpa berkata apa-apa selepas keluar dari mahkamah.

Artikel Berkaitan: “Kenyataan Diana Bercanggah Dengan Laporan Polis” – Farid Kamil Nafi Tak Beri Nafkah & Dera Mental Anak

Artikel Berkaitan: 4 Bulan Tak Bayar Nafkah, Diana Danielle Dedah Sikap Baran Farid Kamil Dera Mental Aurora “Tengking & Jerit Selama Dua Hari, Siap Ugut Akan..”

Artikel Berkaitan: “Perkahwinan Saya Bertahan 10 Tahun Sebab Suami Saya Pecinta Wanita” – Potongan Video Lama Diana Danielle Kembali Tular

Artikel Berkaitan: Hadir Ke Mahkamah Bagi Sebutan Kes Hadanah, Farid Kamil Harap Keadilan Dapat Ditegakkan

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 9 Jul 2019

“Sis Memang Idola”- Kenapa Gadis Ini Digelar Phoenix Malaysia?

Kecil-kecil cili padi tetapi di gelanggang ‘cili’ berbisa..

Featured Thu, 31 Mar 2022
Featured Thu, 2 Feb 2023

“Kalau Orang Senang Terasa Akan Mudah Jatuh Hati,” – Aeril Zafrel Puji Sifat Sophia Albarakbah Manja & ‘Soft Spoken’

Wanita kalau manja lelaki mana tak cair kan 🤪🥰 Tapi bak kata Aeril, sebagai lelaki perlu pandai mengawal perasaan 😌

Featured Fri, 5 Jul 2019

Influencer jelmaan ‘kembar’ selebriti

Iras wajah mereka mengelirukan!

error: Content is protected !!