Ditahan Di Hospital, Betulkah Fazura Alami Morning Sickness?

Pasangan yang semestinya akan mencuri perhatian lensa kamera mahupun peminat ini sudah acap kali diajukan soalan tentang cahaya mata, namun rezeki masih tidak menyebelahi keduanya lagi. Namun, baru-baru ini Fazura dikhabarkan telah dimasukkan ke Hospital akibat tiba-tiba jatuh sakit. Adakah ini sebenarnya hint Faz kini sedang berbadan dua?

Gambar tersebut juga turut dikongsi oleh Faz melalui akaun instagram miliknya, manakala Fattah dilihat berkongsi khabar tersebut menerusi muat naik di laman insta story beliau.

 

Sebelum ini, Fattah pernah memberitahu beliau dan isteri sememangnya tidak pernah merancang soal zuriat sebaliknya meminta agar peminat-peminat sentiasa mendoakan yang terbaik buat beliau dan isteri.

Justeru itu, ramai peminat meninggalkan komen diruangan instagram milik Fazura mendoakan agar pasangan ini cepat-cepat dikurniakan zuriat dan sakit Faz itu mungkin disebabkan morning sickness.

Apapun, sama-samalah kita doakan kesihatan Fazura. Semoga berita baik bakal menyusul pula lepas ni okay!

Get well soon Faz!

 

Salma Syahbuddin