Featured By: Salma Syahbuddin September 7, 2023 @ 3:05pm

Ditipu RM500,000 Babitkan Kes Jual Beli Tanah Di Kelantan, Ryzal Ibrahim Durian Kimchi Tetap Mahu Teruskan Saman!

Pempengaruh media sosial, Ryzal Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Ryzal Durian Kimchi mengaku telah ditipu oleh seorang individu berusia lingkungan 50-an membabitkan perjanjian jual beli tanah bernilai RM500, 0000 di negeri kelahirannya, Kelantan.

Memetik laporan Sinar Harian, Ryzal atau nama penuhnya, Nik Muhammad Rizal Nik Ibrahim, 31 berkata, pada 26 November 2020 perjanjian telah dibuat atas nama adik perempuannya yang ditandatangani bagi tanah lot yang terletak di Padang Enggang  dengan harga RM40,000.

“Mengikut perjanjian, tanah itu sepatutnya menjadi milik kami tetapi semasa itu Covid-19 melanda menyebabkan urusan menukar hak milik tanah tidak dapat dilakukan walaupun selepas tamat enam bulan. Dia ada berjanji nak bayar semula RM40,000 itu, tapi hanya membayar RM10,000 sahaja.

“Apabila keadaan pandemik reda, semakan yang dibuat di Pejabat Tanah Jajahan Kota Bharu bagaimanapun mengejutkan kerana hartanah tersebut sudah berpindah milik kepada nama orang lain,” katanya.

Teruskan saman

ryzal ibrahim ditipu

Tambahnya, beberapa kali rundingan cuba dibuat dengan individu itu kerana melanggar perjanjian tersebut namun gagal.

Malah, bayaran berjumlahRM10,000 yang dibuat lelaki itu pada tahun 2021 hanya selepas didesak dan kemudian tidak ada lagi bayaran dibuat dan itu menyebabkannya melantik peguam, Nik Saiful Adli Burhan dari Tetuan Irmohizan Rosley dan Nik Adli bagi menuntut ganti rugi berjumlah RM40,000.

“Semasa masih menetap di Korea, beberapa kali kami terpaksa pulang ke Malaysia dan Kelantan untuk menyelesaikan urusan ini. Semua itu terutama pengangkutan melibatkan kos yang besar.

“Sekarang ini, notis tuntutan sudah pun dihantar kepadanya dan saya akan teruskan dengan saman, jika pihak tersebut masih tidak membayar kesemua wang saya,” jelasnya.

 

Sumber: Sinar Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 24 Jul 2019
Featured Sat, 9 May 2020
Featured Fri, 16 Feb 2024
Trending Fri, 2 Jul 2021

Tiada Sebarang Pergerakan Selepas 8 Malam Bermula Esok – MKN

Bukan selama ni pun memang tak bagi keluar lepas pukul 8 malam ke?

Hiburan Mon, 6 Aug 2018

Kenapa Nana Berminat Cari Protege Bujang?

Jika dia bagus dan boleh memberikan sepenuh komitmen, kenapa tidak? Sebagai penyanyi yang memulakan kerjaya sejak sekolah lagi, saya sudah melalui banyak peralihan.

Featured Mon, 16 Mar 2020
Hiburan Sun, 24 Mar 2019

‘Lapor Terus Jika Ternampak’- Ahmad Idham Beri Amaran

Beliau juga akui tidak teragak-agak menggunakan kapasiti sebagai CEO untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak yang terbabit dalam aktiviti berkaitan.

Trending Sat, 19 Jan 2019

Bayi Pramatang Lahir 17 Hari Selepas Kematian Kembar

Kuasa Tuhan, Bayi Pramatang Lahir 17 Hari Selepas Kematian Kembar