Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 18, 2023 @ 2:41pm

Dituduh Beli Kapal Mewah Guna Wang Haram, Black Hanifah Alami Anxiety -“Patutnya Anak Melayu Kena Bangga Bukan Saling Menjatuhkan!”

Selepas tular dakwaan kononnya penyanyi dan pelakon, Black Hanifah menjalankan perniagaan termasuklah membeli kapal mewah menggunakan wang haram, penyanyi itu kini difahamkan mengalami tekanan sehingga memberi kesan terhadap kesihatan mentalnya dan terpaksa berjumpa doktor.

Menerusi perkongsian Black atau nama penuhnya, Hanifah Muhammad Hanafiah, 36, di Instagram Story miliknya, dia terpaksa mendapatkan rawatan akibat terlalu tertekan dengan tuduhan yang diberikan.

Malah, meminta agar pihak yang bertanggungjawab menghentikan fitnah terhadapnya dengan mengatakan dia membeli Villa dan kapal mewah semata-mata mahu ‘mencucui’ duit.

“Pertama sekali saya nak ucapkan ribuan terim akasih kepada semua yang mendoakan kesihatan saya di Instagram (IG). 

“Hari ini saya pergi hospital sebab sebenarnya saya ni ada anxiety (perasaan mudah merasa cemas) tapi saya tak nak lah bagitahu orang. Tapi kali ni saya kena bagitahu lah. Saya agak stress sikit dengan video yang muncul sejak dua hari ini mengatakan saya ‘cuci’ duit.

“Saya tak pasti ini dari blogger mana atau daripada media mana… saya ni bukan jenis yang nak melenting dah sekarang ni dah berumur. So, saya rasa pihak yang bertanggungjawab tu hentikanlah fitnah mengatakan saya cuci duit untuk membeli saya punya villa dan yacht. Tapi apapun terima kasih juga lah kerana disebabkan hal itu ramai orang tahu saya ada perniagaan di Langkawi.

“Cuma itulah, saya banyak berfikir 2-3 hari ni, jadi saya harapkan orang ramai terutamanya anak Melayu ni banggalah dengan anak Melayu yang berjaya bukan semakin kita menjatuhkan,” katanya.

Dalam pada itu, Black turut memuat naik beberapa lagi potongan video dari portal tersebut di Instagram Story nya.

Difahamkan, pelantun lagu Aku Rindu Sayang Kamu itu memaklumkan, dia kini terpaksa mengambil ubat untuk mengawal tekanan yang dihadapi  dan memilih untuk tidak terlalu memikirkan isu tersebut.

“Doktor nasihat saya untuk buat perkara yang saya sukai. Lagipun saya tidak mahu bergantung kepada ubat jadi saya pilih untuk berehat,” jelasnya.

 

Sumber: Instagram, mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 9 Nov 2019

蔡琴一场接一场!2020年6月重返云顶舞台

错过了今年六月在云顶云星剧场举办的《2019有琴有艺》蔡琴演唱会的歌迷朋友,好消息来啦!

Hiburan Sun, 11 Jun 2023

Berjaya Dapat Sambutan Luar Biasa, Aliff Syukri Teruja Dapat Jual Durian Dengan Harga Rahmah

Murah rezeki Aliff Syukri jual durian semurah ni 🤲🏻😍

Featured Wed, 19 Oct 2022
Featured Tue, 19 May 2026

Wak Doyok Dikecam Gelar Haroqs B*doh & Tak Handsome – “Dekat Dunia Sedap Kau Meny*lak Sedangkan Mereka…”

Rata-rata warganet tampil menegur tindakan Wak yang dilihat tidak sopan apabila mengelar Haroqs sebagai bodoh

#tilljannah Fri, 13 Jan 2023
Hiburan Sat, 8 Sep 2018

Rawat Hati Terluka, Selena Pindah Keluar Dari LA?

Selepas putus cinta, Selena nekad berpindah dan mahu menjalani kehidupan lebih sederhana.

Trending Fri, 29 Nov 2019

Wanita Rentung Dijumpai Bawah Jambatan

Selepas di rogol di bakar hingga rentung

Hiburan Tue, 20 Jan 2026

“Orang Kata Saya Overthinking” – Scha Alyahya Tegas Jaga Pergaulan Anak

Scha Alyahya risau, kini lebih berhati-hati dengan pergaulan anak-anak

error: Content is protected !!