Dituduh Tumpang Kesenangan Isteri, Apa Komen Nubhan Ahmad?

Penyanyi Nubhan Ahmad bengang apabila didakwa menumpang kesenangan isteri, baru-baru ini.

Tambah Nubhan, dia menganggap tuduhan itu sebagai satu hal yang keterlaluan dan tidak berasas.

“ Saya akui sudah tiga tahun tidak aktif di pentas nyanyian tetapi bukan disebabkan tiada permintaan.

“ Ini kerana saya tiada kekuatan untuk fokus dua kerja pada masa yag sama. Saya memilih untuk meletakkan keutamaan mengusahakan perniagaan kosmetik Juwita Divine yang sudah beroperasi sejak empat tahun lalu,” katanya kepada xtra.com.

Tambah suami kepada doktor gigi iaitu Afifah Hidayah Taufek, dia sudah lali dengan segala bentuk kutukan diterima sejak menjadi artis.

“ Saya dah lali dan tak pernah ambil hati jika orang kata saya artis sendu.

“ Tetapi dalam hal yang menyentuh peribadi, tipulah saya tak terasa. Jangan keterlaluan dalam memberi pendapat. Saya tidak pernah meminta wang atau menumpang kesenangan isteri untuk meneruskan kelangsungan hidup,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Nubhan baru sahaja tampil dengan single terbaru berjudul Selamat Jalan Cinta, baru-baru ini.

SGMS Faida