Walaupun bencana alam jarang berlaku di Malaysia, tak salah kalau kita bersiap sedia untuk menghadapi sebarang cabaran yang mendatang.
Dan tak semestinya persiapan kita ini hanya tertakluk kepada bencana alam saja. Isu lain seperti ketiadaan air atau bekalan elektrik pun dikira sekali.
Percayalah, sedikit mana persiapan pun boleh membuat perbezaan besar di antara hidup dan mati ketika sesuatu malapetaka berlaku.
Jadi in case perkara tidak baik berlaku kepada anda, anda perlu bersedia secara mental dan fizikal termasuklah benda-benda yang boleh membantu ketika di saat-saat kecemasan.
Teruskan baca untuk mengetahui apakah barang-barang yang anda perlu sediakan dan sentiasa simpan di rumah.
Telefon pintar dan komputer riba akan tetap beroperasi walaupun bekalan elektrik telah tiada. Ini bermaksud anda perlu pastikan yang bateri gajet-gajet anda “berisi” supaya anda masih boleh menghubungi orang-orang yang penting apabila perlu.
Inilah salah satu benda yang paling penting. Bila elektrik tiada, anda akan bergantung kepadanya. Tapi anda kena check juga, bateri yang telah lama disimpan atau tak digunakan boleh rosak. Pastikan anda ada stok baru.
Anda sepatutnya menghabiskan ubat setiap kali anda diberi, tapi untuk kecemasan, anda patut simpan ekstra sebagai spare. Bincang dengan doktor supaya dia berikan preskripsi yang lebih besar. Tak perlulah anda bergegas ke farmasi bila anda memerlukannya nanti.
Lampu suluh memang berguna kerana mudah dipegang dan disimpan. Anda memang patut ada sebiji dua di rumah. Tapi cahayanya tidaklah begitu terang seperti cahaya daripada lampu minyak tanah. Jadi simpan juga beberapa unit untuk mencahayakan ruang yang lebih besar.
Sekarang ini semua alat elektronik bergantung kepada elektrik tapi kalau anda ada lagi radio yang beroperasi menggunakan bateri, simpan! Ia sangat berguna di waktu kecemasan kerana ia membolehkan anda mendapat berita tempatan yang terkini.
Anda disarankan menyimpan stok makanan di mana jumlahnya anda boleh gunakan sepanjang 2 minggu, in case anda tak boleh keluar rumah. Jangan beli makanan tin saja. Beli juga makanan yang anda suka makan.
Sediakan juga bekalan makanan kecemasan untuk haiwan peliharaan anda, ya!
Jika rumah anda kehilangan bekalan elektrik atau anda kehabisan gas untuk masak, mestilah microwave oven dan ketuhar tak boleh digunakan. Tapi itu tak bermakna anda kena makan masakan sejuk. Simpan satu tong gas ekstra just in case.
Mestilah benda ini perlu ada, tapi jika bekalan air di tempat anda mula bermasalah, anda kena ada backup. Pastikan anda ada satu gelen untuk setiap orang; sepatutnya ia boleh tahan selama 2 minggu. Jika anda tak nak simpankannya di dalam jag, anda boleh isi air anda ke dalam botol-botol kosong atau dispenser besar.
Jangan bergantung kepada kad kredit atau debit ketika kecemasan. Mesin pembaca kad mungkin tak berfungsi bila anda perlukannya, dan mesin ATM boleh kehabisan wang di waktu bencana alam. Jadi simpan duit dalam tangan sebagai backup. Bincang dengan famili tentang berapa banyak anda boleh simpan di luar bank, dan di mana tempat paling selamat di rumah anda untuk menyimpannya.
Walaupun anda tak biasa melakukan kerja-kerja repair, sebuah kotak peralatan boleh menjadi sumber penting ketika kecemasan. Jika tiada bantuan yang datang, anda boleh cuba memperbaiki apa-apa yang perlu dengan sendiri. Toolkit yang basic patut ada spanar, pemutar skru pelbagai jenis dan tukul.
Memang idea yang bagus untuk menyimpan dokumen-dokumen penting seperti sijil pemilikan rumah atau informasi tentang insurans dengan selamat. Tapi pastikan anda ada salinannya juga. Simpan di tempat yang selamat (jauh daripada yang original) atau simpankannya secara digital di dalam fail yang berkunci di dalam Internet.
First-aid kit yang berisi lengkap tersangatlah penting. Pastikan di dalamnya ada pembalut luka, ubat sapu antiseptik, gunting dan ice pack segera.
Sumber: Reader’s Digest
"Thank you so much for all of the advices" - Aliff Aziz
Alamak, tak relax la netizen 🤪
Usikan manja anak beranak ☺️
Good job Fathia
See you again!
MashaAllah kesiannya