Featured By: Ad Ops October 31, 2018 @ 10:00am

12 Benda Yang Sentiasa Perlu Ada Di Rumah Anda Untuk Saat-Saat Kecemasan

Walaupun bencana alam jarang berlaku di Malaysia, tak salah kalau kita bersiap sedia untuk menghadapi sebarang cabaran yang mendatang.

Dan tak semestinya persiapan kita ini hanya tertakluk kepada bencana alam saja. Isu lain seperti ketiadaan air atau bekalan elektrik pun dikira sekali.

Percayalah, sedikit mana persiapan pun boleh membuat perbezaan besar di antara hidup dan mati ketika sesuatu malapetaka berlaku.

Jadi in case perkara tidak baik berlaku kepada anda, anda perlu bersedia secara mental dan fizikal termasuklah benda-benda yang boleh membantu ketika di saat-saat kecemasan.

Teruskan baca untuk mengetahui apakah barang-barang yang anda perlu sediakan dan sentiasa simpan di rumah. 

1. Power bank atau charger tanpa elektrik

Foto: Jinning Li/Shutterstock

Telefon pintar dan komputer riba akan tetap beroperasi walaupun bekalan elektrik telah tiada. Ini bermaksud anda perlu pastikan yang bateri gajet-gajet anda “berisi” supaya anda masih boleh menghubungi orang-orang yang penting apabila perlu.

2. Bateri

Foto: Oleksii Fedorenko/Shutterstock

Inilah salah satu benda yang paling penting. Bila elektrik tiada, anda akan bergantung kepadanya. Tapi anda kena check juga, bateri yang telah lama disimpan atau tak digunakan boleh rosak. Pastikan anda ada stok baru. 

3. Ubat

Foto: thumwadee lertworakul/Shutterstock

Anda sepatutnya menghabiskan ubat setiap kali anda diberi, tapi untuk kecemasan, anda patut simpan ekstra sebagai spare. Bincang dengan doktor supaya dia berikan preskripsi yang lebih besar. Tak perlulah anda bergegas ke farmasi bila anda memerlukannya nanti. 

4. Lampu minyak tanah

Foto: Lucie Lang/Shutterstock

Lampu suluh memang berguna kerana mudah dipegang dan disimpan. Anda memang patut ada sebiji dua di rumah. Tapi cahayanya tidaklah begitu terang seperti cahaya daripada lampu minyak tanah. Jadi simpan juga beberapa unit untuk mencahayakan ruang yang lebih besar. 

5. Radio yang tak menggunakan elektrik

Foto: 67jcperez/Shutterstock

Sekarang ini semua alat elektronik bergantung kepada elektrik tapi kalau anda ada lagi radio yang beroperasi menggunakan bateri, simpan! Ia sangat berguna di waktu kecemasan kerana ia membolehkan anda mendapat berita tempatan yang terkini. 

6. Makanan yang tak mudah rosak

Foto: Radu Bercan/Shutterstock

Anda disarankan menyimpan stok makanan di mana jumlahnya anda boleh gunakan sepanjang 2 minggu, in case anda tak boleh keluar rumah. Jangan beli makanan tin saja. Beli juga makanan yang anda suka makan.

Sediakan juga bekalan makanan kecemasan untuk haiwan peliharaan anda, ya!

7. Tong gas ekstra

Foto: Petron Malaysia

Jika rumah anda kehilangan bekalan elektrik atau anda kehabisan gas untuk masak, mestilah microwave oven dan ketuhar tak boleh digunakan. Tapi itu tak bermakna anda kena makan masakan sejuk. Simpan satu tong gas ekstra just in case

8. Air

Foto: Sinar Harian

Mestilah benda ini perlu ada, tapi jika bekalan air di tempat anda mula bermasalah, anda kena ada backup. Pastikan anda ada satu gelen untuk setiap orang; sepatutnya ia boleh tahan selama 2 minggu. Jika anda tak nak simpankannya di dalam jag, anda boleh isi air anda ke dalam botol-botol kosong atau dispenser besar.

9. Wang

Foto: Utusan

Jangan bergantung kepada kad kredit atau debit ketika kecemasan. Mesin pembaca kad mungkin tak berfungsi bila anda perlukannya, dan mesin ATM boleh kehabisan wang di waktu bencana alam. Jadi simpan duit dalam tangan sebagai backup. Bincang dengan famili tentang berapa banyak anda boleh simpan di luar bank, dan di mana tempat paling selamat di rumah anda untuk menyimpannya.

10. Tool box

Foto: Africa Studio/Shutterstock

Walaupun anda tak biasa melakukan kerja-kerja repair, sebuah kotak peralatan boleh menjadi sumber penting ketika kecemasan. Jika tiada bantuan yang datang, anda boleh cuba memperbaiki apa-apa yang perlu dengan sendiri. Toolkit yang basic patut ada spanar, pemutar skru pelbagai jenis dan tukul.

11. Salinan dokumen penting

Foto: Nirat.pix/Shutterstock

Memang idea yang bagus untuk menyimpan dokumen-dokumen penting seperti sijil pemilikan rumah atau informasi tentang insurans dengan selamat. Tapi pastikan anda ada salinannya juga. Simpan di tempat yang selamat (jauh daripada yang original) atau simpankannya secara digital di dalam fail yang berkunci di dalam Internet.

12. Peti pertolongan cemas

Foto: photka/Shutterstock

First-aid kit yang berisi lengkap tersangatlah penting. Pastikan di dalamnya ada pembalut luka, ubat sapu antiseptik, gunting dan ice pack segera. 

Sumber: Reader’s Digest

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 5 Aug 2022

[VIDEO] Lagu Meski ‘Wasiat’ Ezad Lazim & Nana Karia Pada Pasangan Hidup – “Kematian Adalah Topik Paling Berat Buat Suami Isteri”

Sebaknya min.. Nana kehilangan nadi selama 10 saat ketika menjalani rawatan IVF kali kedua. Lagu ini sangat mendalam maknanya, kalau dengar dengan teliti boleh jatuh air mata beb!

Featured Fri, 3 Mar 2023
Featured Wed, 5 Apr 2023
Featured Wed, 17 May 2023
Featured Wed, 27 Jul 2022
Featured Mon, 26 Aug 2019