Categories: Trending

Nelayan Nampak Pesawat JT 610 Menjunam Ke Laut Sebelum Meletup

Dua nelayan yang berada di Tanjung Kerawang menjadi saksi apabila melihat pesawat Boeing 937 MAX Lion Air kelihatan terumbang-ambing, hampir mendatar dengan muncungnya agak menjunam ketika terhempas ke dalam laut.

Dalam pada itu, mereka juga mendengar letupan ketika muncung pesawat menjunam ke dalam laut sebelum kelihatan kepulan asap.

“Dari jauh saya nampak ia sudah condong (menjunam)” kata seorang nelayan terbabit, Gauk.

Berdasarkan rekod FlightRadar24, pesawat berkenaan terbang dalam keadaan tidak menentu dari Bali ke Jakarta pada malam sebelum hari kejadian.

Beberapa minit selepas berlepas dari Denpasar di Bali pada petang Ahad, pesawat berkenaan terbang pada ketinggian serta kelajuan tidak menentu.

Ia turut mencatatkan penurunan ketinggian mendadak sebanyak 266 meter dalam tempoh 27 saat ketika ia sepatutnya terbang menaik sebelum stabil dan meneruskan perjalanan ke Jakarta.

Juruterbang bagaimanapun mengekalkan ketinggian pesawat pada 8,534 meter berbanding 10,973 meter bagi penerbangan laluan yang sama sebelum ini.

Menurut Reuters, sumber juruterbang dan jurutera menyatakan, berdasarkan data FlightRadar24 bagi kedua-dua penerbangan, ia menunjukkan pesawat berkenaan menghadapi masalah dalam sistem ‘pitot’ statik iaitu alat membekalkan ukuran kelajuan dan ketinggian pesawat kepada komputer penerbangan.

Menurut data FlightRadar24, pesawat berkenaan menunjukkan masalah dua minit selepas berlepas dari Jakarta apabila ia mencapai ketinggian 610 meter.

Ia menurun lebih 150 meter dan condong ke kiri sebelum kembali mendaki ke 1,525 meter.

Pesawat kemudiannya terbang laju pada saat-saat terakhir sebelum terhempas mencapai kelajuan 345 knots (638 km/j) sebelum hilang dari radar pada ketinggian 1,112 meter. – Harian Metro

SGMS Faida