Categories: FeaturedOh Lawa

Rambut Gugur Terlalu Banyak? Guna ‘Syampu’ Bawang Putih Untuk Atasinya

Penulis percaya, masalah keguguran rambut dialami bukan sahaja golongan wanita, lelaki juga turut mengalaminya. Agaknya kenapa ya?

Kadang-kadang jika terlalu banyak helaian rambut yang gugur, rambut kita akan menjadi nipis. Pasti akan berasa stres kan? Sebenarnya, banyak punca yang menyebabkan masalah ini berlaku antaranya:

  • Stres
  • Terlebih mendandan rambut
  • Folikel rambut tersekat
  • Anemia
  • Selepas melahirkan anak

Tapi, tahukah anda dengan hanya menggunakan bawang putih, ia dapat membantu menangani masalah ini? Ya, tip semula jadi ini anda perlu amalkan 2 hingga 3 kali seminggu untuk mendapatkan kesan yang memuaskan. Nak tahu caranya? Jom semak!

Bahan-bahan yang diperlukan

  • 10 hingga 15 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar minyak zaitun
  • 1 hingga 5 titis minyak kayu manis
  • 2 kali pump (picit) syampu jenis organik

Cara-caranya

1. Tumbuk bawang putih. Kemudian campurkan dengan semua bahan di atas. Kacau sehingga sebati.

2. Ketika mandi, lumurkan pada rambut dan urut secara perlahan-lahan. Bilas dengan air bersih. Keringkan rambut anda seperti biasa.

Mudah sahaja kan? Jom cuba!

Sumber: Vemale & Cosmopilitan

tex_admin