“Double Tap Kalau Suka” – Kongsi Foto Bersama, Nabila Razali Bercinta Dengan Khai Bahar?

Baru-baru ini, penyanyi dan pelakon Nabila Razali memuat naik beberapa keping foto beraya di rumah rakan-rakannya di Instagram.

Menerusi perkongsian tersebut, Nabila dilihat berkongsi foto berdua bersama penyanyi Khai Bahar.

Apa yang menarik perhatian adalah kapsyen yang ditulis Nabila yang meminta untuk ‘like’ foto tersebut jika suka.

“Alhamdulillah. Thank you sis @erny_yusmiarty & @marshamilan for the great company, time, laughs and especially food!

“P/s: double tap last photo kalau suka 🤪,” tulis Nabila

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet dan pengikutnya di Instagram menyukai foto tersebut malah ada yang merestui jika mereka bercinta.

Sebelum ini, Nabila sering dikenenkan dengan selebriti lelaki seperti MK K-Clique dan Aedy Ashraf.

Artikel Berkaitan: Dedah Kriteria Jejaka Pilihan, Nabila Razali Tak Kisah Jodoh Pilihan Keluarga – ” Kalau Ada Yang Mahu Kenal, Saya Okay Je”

Artikel Berkaitan: Nabila Razali Sambut Birthday Ke-30, Aedy Ashraf Suapkan Kek

Artikel Berkaitan: “Welcome To The Wedding Of MK & NR” – Muat Naik Nabila Razali Undang Tanda Tanya

Atiqah Johari