Dr Amalina Bakri Selamat Melahirkan Bayi Perempuan

Doktor pakar bedah kelahiran Malaysia, Dr Amalina Che Bakri telah selamat melahirkan bayi perempuan pada minggu lalu di Hospital St. Thomas, London.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, dia dan suami, Alexander Charles sangat gembira dengan kehadiran puteri sulung mereka yang diberi nama, Arabella Mia.

“Kami ingin memperkenalkan puteri kami yang cantik, Arabella Mia, yang dilahirkan pada minggu lepas di Hospital St. Thomas.

“Kami sangat menyayanginya dan menghargai setiap saat bersama si kecil yang membawa kebahagiaan ini. Kami sangat teruja akan masa depan. Alhamdulillah. Dengan penuh kasih sayang – Amalina & Alex,” tulisnya.

Meninjau di ruangan komen, rakan artis seperti Mira Filzah dan pengikutnya turut mengucapkan tahniah di atas kelahiran cahaya mata pertamanya itu.

Maya Basir