Beri Dua Pandangan Peribadi, Azhar Sulaiman ‘Berani’ Kritik Busana Aina Abdul?

Setiap kali muncul di program hiburan, busana penyanyi popular, Aina Abdul sering menjadi perdebatan netizen di media sosial sosial.

Baru-baru ini, pelakon Azhar Sulaiman mengkritik penampilan pelantun lagu Semalam itu ketika menjadi pasangan duet kepada penyanyi Jacklyn Victor di sebuah program realiti nyanyian terkemuka.

Menerusi perkongsian di Instagram, Azhar memberi dua pandangan peribadinya serta menyifatkan busana Aina itu seperti ‘side mirrors’ kereta.

“Baju Aina Abdul ni ada dua perspectives dari Mami….

1. Nampak macam tengah nak susun kerusi atas meja lepas tutup kedai.

2. Since design dah macam ni, patut designer consider to put side mirrors? To make practical and look complete?” soalnya.

Di samping itu, Azhar tidak menafikan bahawa kecantikan itu adalah subjektif.

Menjengah ke ruangan komen, ramai dalam kalangan pengikutnya terhibur dengan pendapat Azhar malah, rata-rata netizen turut menyifatkan busana pemenang Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-36 itu seperti ‘router’ unifi.

Artikel Berkaitan: Azhar Sulaiman Ulas Isu Puteri Balqis, Netizen Sindir Minta Tegur Anak Sendiri Dulu

Artikel Berkaitan: Walaupun Pakaian Dikritik, Netizen Tetap Kagum Dengan Anak Azhar Sulaiman – “Pandainya! Ni Universiti Ranking Ke-4 Di UK…”

Aqilah Paharuzi