Categories: Hiburan

Kenapa Agaknya Drama Dia Menantu Rahsia diselar netizen di Twitter?

Drama popular Dia Menantu Rahsia yang kini ditayangkan di TV3 di Slot Akasia menerima kecaman seorang netizen di laman Twitter. Pemilik akaun yang dikenali sebagai Nourr Amir menyelar plot drama ini yang dianggap tidak menghormati maruah wanita.

Sumber:https://twitter.com/NourrAmir/status/1096366131068100610

Ruangan komen di laman Twitter ini turut dihujani dengan komen netizen yang rata-ratanya bersetuju dengan pendapat gadis ini. Malah, terdapat netizen yang mengkritik lakonan heroin drama ini yang dianggap “kaku”.

Sumber : https://twitter.com/NourrAmir/status/1096366131068100610

 

Sebelumnya, drama ini mencetuskan kontroversi apabila penerbit utamanya mengambil keputusan untuk menyenarai hitamkan beberapa pelakon drama ini berikutan sikap mereka yang dikatakan tidak memberikan kerjasama yang baik. 

Drama ini mengisahkan Melissa lakonan Raysha Rizrose yang berkahwin secara rahsia dengan Syakir yang dilakonkan oleh Ashraf Muslim. Situasi yang melanda menyebabkan kedua-duanya membuat keputusan untuk berkahwin tanpa rasa cinta dan tanpa pengetahuan keluarga mereka. 

Drama ini disiarkan setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula pukul 7 malam menerusi Youtube Drama Sangat TV3.

Ad Ops