Hiburan By: SGMS Faida July 17, 2018 @ 8:47am

#tontonKOPI : Hafreez Adam Tak Mahu Terlepas Lagi

Berbekalkan wajah kacak dan bakat besar, tidak hairanlah nama Hafreez Adam sering menjadi pilihan produser masa kini.

Terbaru, pelakon berusia 28 tahun ini bakal membintangi drama Raisha musim kedua yang bakal bersiaran di saluran Tonton bermula 10 Oktober ini.

Hafreez ketika ditemui di lokasi penggambaran di Wangsa Maju kelihatan begitu teruja berada di set penggambaran Raisha 2.

“ Jujurnya, saya sudah terima tawaran membintangi Raisha sejak musim pertama lagi tetapi ketika itu saya terikat dengan produksi lain.

“ Tawaran kali kedua ini tak mungkin saya tolak memandangkan jalan ceritanya menarik perhatian saya. Memang luar biasa,” katanya.

Bercerita tentang wataknya dalam Raisha 2, Hafreez membawa watak sebagai Mikail, seorang produser yang sudah berkahwin dan jatuh cinta dengan Raisha.

“ Cabarannya, watak saya lelaki yang sudah memiliki isteri dan kekayaan yang saya ada pun hasil wang isteri. Di situlah konflik bermula apabila saya menambat hati Raisha menggunakan aset milik si isteri,” ceritanya ringkas.

Hafreez juga memaklumkan jarang sekali sesebuah drama mengangkat karakter antagonis sebagai watak utama dan itulah yang menjadi kekuatan drama Raisha 2.

“ Sebagai persediaan seorang pelakon yang telah diberi kepercayaan, sudah tentu tanggungjawab saya untuk mencantikkan jalan cerita,” katanya yang terlibat dengan penggambaran Raisha 2 selama empat hari. 

Untuk penonton di luar sana, jangan lupa terus melekat di saluran Tonton dan saksikan Raisha 2 yang turut membariskan pelakon Diana Danielle, Hafidz Roshdi, Hafreez Adam, Reen Rahim, Ridzuan Hashim dan ramai lagi. Jangan lupa tonton okay!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 17 Jul 2019

Mira Filzah Mengaku Dah Bosan Dengan…

Sedia keluar dari zon selesa.

Hiburan Thu, 4 Apr 2019
Hiburan Fri, 21 Dec 2018

Kemelut Perkahwinan Elvina Mohamad Belum Tamat?

Semoga perselisihan faham ini dapat diselesaikan dengan baik… Insya Allah.

Hiburan Thu, 1 Nov 2018

“I Said Yes!”- Raja Ilya Dedah Status Terkini

Tahniah dari kami di xtra.com.my! Baca berita penuh dengan hanya klik artikel di atas

Kisah Viral Tue, 2 Jan 2024
Hiburan Tue, 13 Sep 2022

“Pergi Kelab Malam Boleh Pula?” – Rakan Serumah Dedah Pelakon Tak Bayar Sewa

Tak baik buat member macam tu.. Siapa eh pelakon tu? 🤔