Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir September 13, 2022 @ 12:00pm

“Pergi Kelab Malam Boleh Pula?” – Rakan Serumah Dedah Pelakon Tak Bayar Sewa

Seorang pelakon bertubuh sasa yang meningkat naik didakwa tidak memberi kerjasama untuk membayar sewa rumah setiap bulan.

Memetik laporan Boom, hal tersebut didedahkan oleh rakan serumahnya yang kesal dengan sikap pelakon tersebut dimana sudah beberapa bulan menangguh bayaran sewa rumah.

“Sudah tiga bulan dia tak bayar sewa tepat pada waktunya. Ada sekali tu tak bayar langsung. Bila dia kejap bayar kejap tak, kami yang terpaksa dahulukan duit untuk tampung sewa serumah.

“Kalau sesekali tu boleh lah tolong. Tapi bila dah berulang kali, siapa boleh tahan?” jelasnya.

Menurut rakannya lagi, sejak kebelakangan ini, pelakon tersebut menerima banyak tawaran berlakon dan sering menghabiskan waktu di kelab malam.

“Bahkan, sejak seminggu dua ni dia kerap pergi kelab malam. Boleh kata setiap hari. Takkan bayar duit sewa bilik tak mampu?” ujarnya geram.

Dikhabarkan, bayaran sewa kediaman jenis kondominium mewah agak besar jumlahnya dan hanya ditanggung oleh dua rakan serumahnya yang mempunyai pekerjaan yang biasa.

Sumber: Boom

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 5 Oct 2018

SudahTerima Notis Hadir Ke Mahkamah, Intan Najuwa Terlibat Kes Dadah?

Semoga kes perbicaraan ini berjalan dengan lancar dan diminta pihak yang terbabit tidak memberikan apa-apa spekulasi berkenaan isu ini

Hiburan Mon, 24 Jul 2023
Hiburan Mon, 13 Oct 2025

Mimi Lana Lantang Bersuara, Mohon Kes Jenayah Bawah Umur Dibawa Ke Tali Gantung -“R*g*l & Buli Anak Orang Pandai Pula”

Kata Mimi, tindakan tidak berperikemanusiaan terhadap kanak-kanak itu tidak seharusnya dimaafkan

Featured Tue, 26 Jul 2022

Tular Foto Anak Pakai Baju Seakan Berkemban: “Zaman Saya Muda Lebih Teruk” – Azhar Sulaiman

Azhar menganggap perkara yang berlaku sebagai ‘balasan’. Apapun semoga suatu hari nanti hati Leona akan terbuka

Featured Tue, 14 Jan 2025

Sharnaaz Ahmad Kongsi Momen Manis, 40 Tahun Pasang ‘Impian’ Miliki Motor Berkuasa Besar

Sharnaaz kini berjaya memiliki moto berkuasa besar jenis CVO Road Glide ST.

error: Content is protected !!