Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi July 26, 2022 @ 3:57pm

Tular Foto Anak Pakai Baju Seakan Berkemban: “Zaman Saya Muda Lebih Teruk” – Azhar Sulaiman

Baru-baru ini, heboh di ruangan media sosial mengenai penampilan anak kepada pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona yang memakai baju seakan berkemban.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Azhar tampil memberi respons mengenai anak perempuannya itu yang suka berpakaian seksi meskipun telah berkali-kali ditegur.

Azhar yang membahasakan dirinya sebagai Mami dalam hantaran terbabit mempercayai bahawa setiap kelakuan anak-anak adalah balasan dan cerminan diri sendiri pada suatu masa dahulu.

Namun begitu, Azhar meluahkan rasa syukur kerana memiliki anak yang bijak seperti Leona.

“Syukur Alhamdulillah Mami ada anak seperti Kasih Iris Leona.

“Ya dia suka pakai seksi… Dah cakap jangan pakai seksi.. Ya tetap bergambar seksi..

“Setiap parents akan ada pelbagai jenis masalah dengan anak-anak mereka. You name it lah segala problem yang seorang anak boleh conteng arang kat parents dia.

“Pada Mami biarlah ‘begini dari begitu’. It could have been worst kalau nak renung balik zaman muda Mami dulu.

“Anak-anak kita adalah balasan kepada apa yang kita buat semasa kita bujang dulu,” tulisnya.

Tambah Azhar, setiap keluarga akan ada pelbagai masalah dengan anak-anak mereka.

“Saya reda dan harap saya boleh jaga keluarga dengan baik,” luahnya.

Tinjauan di ruangan komen mengenai berita tersebut di Facebook Harian Metro, ramai dalam kalangan netizen yang meminta Azhar untuk tidak mengalah dan terus menasihati anaknya itu dengan harapan suatu hari nanti hatinya akan lembut.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Contest Mon, 8 Apr 2019

#xtraGiveaway: Win Two Tickets to Meet and Greet Hyolyn in Kuala Lumpur

Not only will you get to see her, you’ll get to party with her too, California style!

Featured Wed, 13 May 2020
Hiburan Thu, 18 Apr 2019

Selebriti Terkenal Indonesia Puji Doktor Malaysia

Seram juga baca pengalaman bapa Jessica dekat hospital sana…

Hiburan Thu, 25 May 2023
Hiburan Fri, 26 Jun 2026

Terima Menantu, Che Ta Sebak Lepaskan Anak Sulung… Ammar Effendy Sah Bergelar Suami Auni Ikhwan

Rozita Che Wan atau Che Ta menerima menantu apabila anak sulungnya, Ammar Effendy selamat bergelar suami kepada Auni Ikhwan sebentar tadi.

Featured Mon, 25 Mar 2024

Kongsi Video Keluarga, Kecantikan Anak-Anak Mustapha Kamal Raih Perhatian  – “Family Megah Holding Original”

Mestilah anak-anak segak dah mak paknya pun segak. Tengok Susan Menon tu, awet muda kan?😍

error: Content is protected !!