Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin June 26, 2026 @ 9:28pm

Terima Menantu, Che Ta Sebak Lepaskan Anak Sulung… Ammar Effendy Sah Bergelar Suami Auni Ikhwan

Pelakon dan usahawan terkenal, Rozita Che Wan atau Che Ta, menerima menantu apabila anak sulungnya, Ammar Effendy Azuar Effendy, selamat bergelar suami kepada pilihan hati, Auni Ikhwan, dalam satu majlis akad nikah yang berlangsung malam ini.

Pasangan itu disatukan dengan sekali lafaz kira-kira jam 8.41 malam dalam majlis yang berlangsung di GlamHall Damansara.

Akad nikah disempurnakan oleh bapa pengantin perempuan, Ikhwan Hashim selaku wali, sambil disaksikan Penolong Pendaftar Nikah dan Imam Masjid Damansara Perdana, Ustaz Abdus Salam Mahmud.

Mengambil keberkatan 10 Muharam, majlis bertemakan Garden Wedding itu dihadiri lebih 200 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan kenalan rapat kedua-dua mempelai.

Dalam majlis tersebut, Ammar menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 serta wang hantaran berbentuk jongkong emas. Kedua-dua pihak turut bertukar tujuh dulang hantaran, manakala upacara membatalkan air sembahyang disempurnakan dengan pemberian sebentuk cincin berlian seberat 1.8 karat.

Che Ta yang ditemui selepas majlis dilihat tidak dapat menahan sebak apabila menyaksikan anak sulungnya memulakan fasa baharu sebagai seorang suami.

“Saya hanya berharap mereka sentiasa bersama walau apa juga keadaan. Jadilah suami yang melindungi, bukan yang mengawal. Buat Auni pula, jadilah isteri yang sentiasa menguatkan dan melengkapi suami.

“Dalam rumah tangga nanti, genggamlah tangan satu sama lain ketika senang mahupun susah. Jangan lepaskan pegangan itu apabila berdepan ujian kerana kebahagiaan bukan bermaksud hidup tanpa dugaan, tetapi mampu mengharunginya bersama,” katanya dengan nada penuh emosi.

Berkongsi pengalaman sebagai seorang ibu, Che Ta berharap Ammar dan Auni sentiasa bersikap matang dalam mengemudi alam perkahwinan.

“Setiap rumah tangga pasti akan diuji. Mungkin pada awalnya semuanya terasa indah, tetapi apabila masa berlalu dan keluarga semakin bertambah, pelbagai cabaran akan muncul. Sebab itu penting untuk terus bertolak ansur, saling memahami dan tidak mudah berputus asa.

“Perkahwinan bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan. Jangan sesekali memilih jalan mudah apabila berdepan masalah. Saya doakan mereka sentiasa hidup dalam kasih sayang, saling menghormati dan dikurniakan rumah tangga yang dipenuhi sakinah, mawaddah dan rahmah,” katanya.

Menyentuh mengenai konsep majlis, Che Ta berkata tema Garden Wedding dipilih hasil persetujuan kedua-dua keluarga yang mahukan suasana ringkas tetapi elegan.

Ammar tampil segak mengenakan busana serba putih rekaan Man Kajang, manakala Auni anggun dalam persalinan hasil sentuhan pereka Zaimi Zulkifly.

Majlis turut dikendalikan oleh Ahmad Fedtri Yahya sebagai pengacara, sementara bacaan doa dipimpin oleh Pencetus Ummah (PU) Amin.

Terdahulu, Ammar dan Auni mengikat tali pertunangan pada 25 Oktober tahun lalu.

Ammar kini bertugas sebagai pegawai di sebuah institusi perbankan, manakala Auni bekerja dalam bidang pemasaran di sebuah syarikat swasta.

Pasangan pengantin dijadualkan diraikan dalam majlis resepsi bertemakan Black Tie di sebuah hotel di I-City, Shah Alam malam esok, sebelum majlis bertandang berlangsung pada 4 Julai depan.

Kredit foto: @jaydeesm

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 14 Aug 2024

Foto Mesra Berpelukan Pelakon Lelaki Popular Tular, Siap Hantar Mesej ‘I Miss You’, ‘Baby’… Individu Wanita Dakwa Kena Tipu?

Siapakah agaknya gerangan pelakon lelaki popular yang namanya semakin meningkat naik tu👀🧐

Trending Tue, 28 Apr 2020
Selebriti Wed, 26 Jun 2024
Hiburan Wed, 4 Sep 2019

Saya Boleh Terima Teguran Tapi Bukan Cacian – Sharifah Amani

Kita akan lebih jauh hati kalau dicaci dari dibantu, betul kan?

Hiburan Tue, 17 Mar 2026

“Harap Tiada Persoalan Selepas Ini, Saya Doakan Kebahagiaan Dia” – DJ Kidd, Emma Maembong Sudah Tidak Lagi Rapat?

DJ Kidd memaklumkan dia tidak lagi bersama Emma Maembong sekali gus menjawab persoalan yang sering diajukan oleh orang ramai mengenai hubungan mereka.

Trending Wed, 31 Oct 2018

Nelayan Nampak Pesawat JT 610 Menjunam Ke Laut Sebelum Meletup

Dari jauh saya nampak ia sudah condong sebelum meletup.

Hiburan Tue, 15 Oct 2019
Featured Sun, 29 Jun 2025

Konsert Rampas Pukau 5,000 Peminat, Akim & The Majistret Pasang Hasrat Wujud ‘Walk Of Fame’ Di Bukit Bintang

Kata Akim, dia terharu kepada peminat-peminat yang tidak henti memberikan sokongan terhadap kumpulannya itu.

error: Content is protected !!