Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin October 7, 2021 @ 11:53am

“Kaki & Perut Membengkak, Keluar Jarum Berkarat” – Ustaz Kazim Elias Dedah Alami Ujian Ketika….

Baru-baru ini, kita dapat melihat perkembangan dan keadaan terkini pendakwah bebas terkenal, Datuk Mohd Kazim Elias yang dilihat sukar untuk berjalan sehingga memerlukan bantuan kerusi roda dan tongkat untuk bergerak.

Terbaharu, menerusi Instagram Live program bual bicara Sembang Viral, TV9 dengan topik ‘Beratnya Ujian’, Ustaz Kazim dilihat mendedahkan bahawa sepanjang kariernya menjalankan dakwah, ini bukanlah kali pertama beliau diuji dengan sakit ataupun perbuatan mistik.

“Saya pernah ceramah, tapi semasa ceramah tu sebenarnya pad / kantung air kencing saya ada dalam jubah saya. Sebab saya sukar untuk membuang air kecil dan saya tidak mahu orang tahu saya ada masalah. Memang sakit, tapi saya tetap ceramah.

“Balik dari ceramah, saya pula memang jenis yang tidak tidur malam. Dah bertahun saya tidak tidur malam dan rasa apa itu nikmat tidur, nikmat mimpi. Saya memang tidak pernah rasa. Mungkin ini ujian Allah untuk saya,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by TV9 Malaysia (@tv9malaysia)

 

Selain itu, Ustaz Kazim juga berkongsi ujian yang dihadapinya ketika Ramadan tahun lalu apabila beliau terpaksa ditahan di wad selama tiga hari akibat perut membengkak seperti orang sedang mengandung.

“Ramadan tahun lepas, masa tu saya ada program televisyen, 10 minit sebelum live saya tak nampak apa, masa tu saya dapat rasa perut saya membengkak, membuncit.

“Kemudian saya terus ke hospital Ipoh untuk check, tapi doktor cakap tidak ada apa-apa. Masa tu perut saya sudah saiz 39 betul-betul macam orang mengandung.

“Bila doktor kata tak ada apa, saya minta pertolongan pelajar-pelajar saya, makcik-makcik pondok saya bacakan doa dan masa Maghrib tu, saya mandi dengan air bidara yang dah dibacakan doa kemudian saya gosok-gosok bahagian perut dan keluar jarum yang dah berkarat,” jelasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by TV9 Malaysia (@tv9malaysia)

 

Selain Ustaz Kazim, Ali Putih juga turut dijemput sebagai tetamu jemputan bagi episod Sembang Viral yang dihoskan oleh Datuk Rosyam Nor.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Drama Tue, 31 Dec 2024

Erysha Emyra Mendunia! Watak Aminah Dalam ‘Aku Bukan Ustazah’ Tambat Hati Peminat Drama Sangat Di Tahun 2024

Watak Aminah lakonan Erysha Emyra memang meninggalkan kesan di jiwa penonton Drama Sangat!

Hiburan Fri, 19 Jan 2024
Events Mon, 31 Jul 2023
Featured Wed, 15 Apr 2020

Hilangkan parut pembedahan Caesarean dan keloid dengan cara berkesan

Pastikan luka pembedahan dijaga dengan baik

Hiburan Sun, 1 Jun 2025

“Bukan Dari Saya…” – Hael Husaini Nafi Sudah Bertunang Dengan Dayang Nurfaizah

Hael Husiani mohon peminat doakan yang terbaik dengan Dayang Nurfaizah

Hiburan Wed, 29 Nov 2023
Featured Wed, 27 Nov 2024

Anak Penyanyi Tempatan Antara 6 Individu Ditahan Curi Kereta Ferrari

kejadian yang berlaku membabitkan seorang ahli perniagaan berusia 50-an.

Hiburan Mon, 19 Mar 2018

Dilabel Perempuan Jahat, Fatin Afeefa Minta Wanita Tersebut Dedahkan Diri

Bagi membuktikan perkara yang sebenar, Fatin turut mencabar wanita tersebut agar mendedahkan dirinya kepada umum. Kerana, dengan hanya berbuat demikian sahaja dapat mengesahkan bahawa berita tersebut adalah benar atau sebaliknya

Hiburan Fri, 19 Jul 2024
error: Content is protected !!