#DramaRaya2019 : Ayyad Aisyah Kisah Dua-Beradik Yang Penuh Suka Duka

Bakal disiarkan pada hari Ahad, 2 Jun 2019, Ayyad Aisyah berkisarkan tentang cerita seorang kanak-kanak yang ain daripada kanak-kanak yang lain. Kenapa? Kerana dia seorang yang lembab. Dan cenderung kepada aktiviti berkebun serta gemar bermain bola sepak. Ayyad yang juga mempunyai seorang adik perempuan yang diberi nama Aisyah ini sangat disayangi oleh Ayyad sehingga menjadikan beliau sebagai over protective dan sanggup melakukan apa sahaja untuk adiknya. Bukan itu sahaja, Aisyah yang dilihat lemah kerana selalu di lindungi abangnya bagaimanapun, sering tampil mempertahankan abangnya setiap kali dibuli.

Namun, selepas 15 tahun walaupun Ayyad dilabel sebagai budak yang lembap tetapi, beliau mampu membuka sebuah restoran manakala Aisyah pula berjaya menjadi seorang guru. 

Agaknya, bagaimanakah dugaan yang dihadapi oleh dua beradik ini sepanjang proses membesar mereka? Bahagiakan mereka seperti kanak-kanak lain? Atau, adakah jalan pintas yang terpaksa dilalui oleh mereka? 

Jangan ketinggalan menyaksikan drama Ayyad Aisyah yang turut menampilkan pelakon popular tanah air seperti, Buntat, Indah Emeerda, Zamarul Hisham, Watie Sadali, Hisham Ahmad dan Syazuan Hassan ini hanya di TV3 dalam slot Cereka Ahad.

Salma Syahbuddin