#DramaRaya2019 : Masihkah Ada Raya Buatku

Drama yang disiarkan menjelang raya ini turut dibintangi oleh pelakon-pelakon hebat seperti Nad Zainal, Dato Fizz Fairuz, Adik Qaseh Shuhada, dan Adik Harith Hazeq.

Masihkah Ada Raya Buatku ini mengisahkan tentang Zul yang tidak lagi menyambut Hari Raya semenjak isterinya, Linda menghidap penyakit strok dan lumpuh separuh badan. Kehidupan Zul ditumpukan sepenuhnya bagi menjaga isteri dan membesarkan anak-anaknya di samping melakukan pelbagai pekerjaan harian demi menyara keluarganya.

Walaupun lumpuh dan menghidap penyakit, Linda bagaimanapun meluahkan hasratnya untuk berpuasa seperti dulu, tetapi Zul tidak mengizinkan kerana bimbang tahap kesihatan isterinya itu. Sehinggakan Zul kadang-kadang mengeluh dan merasakan isterinya hanya perlu duduk di rumah agar tidak menyusahkannya dan anak-anak. Walaupun anak-anaknya itu masih kecil dan tidak mengerti apa-apa. 

Tanpa disedari anak-anaknya yang kecil dan tidak mengerti tentang masalah yang dihadapi ayahnya itu bagaimanapun, berjaya membuat Zul berubah fikiran dan menerima hakikat bahawa kecacatan yang dialami isteri tercintanya itu bukanlah penghalang ataupun beban dan mereka juga layak untuk merasai kemanisan Ramadan dan keindahan syawal.

Jadi, kepada semua peminat Nad Zainal dan Fizz Fairuz, jangan lupa saksikan drama Masihkah Ada Raya Buatku yang akan disiarkan pada 1 Jun 2019, Sabtu jam 10 malam hanya di TV3!

Salma Syahbuddin