‘Dia Tak Bersyukur’- A.Aida Kecewa Dengan Reza Hasbi

Penerbit terkenal Datuk A.Aida terkejut apabila pelakon Reza Hasbi mengeluarkan kenyataan mengaitkan produksinya menjadi punca dia tidak menerima tawaran berlakon.

A.Aida juga menyifatkan Reza tidak bersyukur dengan bantuan yang diberikan sepanjang menjadi artis di bawah produksi miliknya.

“ Dia seharusnya bersyukur kerana saya pernah beri peluang tiga kali untuk dia berlakon dalam karya syarikat saya. Dia juga saya selitkan dalam drama lain atau telefilem terbitan saya sebagai pelakon pembantu atau salah seorang pelakon utama,” katanya kepada Mstar.

Semalam, Reza meluahkan kekecewaanya apabila tidak menerima bayaran sebanyak RM 5000 daripada sebuah syarikat produksi.

Tambah Reza dia juga tidak menerima tawaran berlakon lebih dua bulan yang menyebabkan dia hilang punca pendapatan.

Sementara itu, A. Aida juga pernah menasihatkan Reza agar mencuba sesuatu yang baharu dan jadikan lakonan sebagai kerja sampingan.

SGMS Faida