Dua Bulan Belajar Tentang Celebral Palsy, Naim Daniel Puas Hati Bawa Watak Budi

Pelakon drama Pia Naim Daniel mendedahkan dia mengambil sedikit masa belajar tentang pesakit Celebral Palsy dua bulan sebelum masuk ke set penggambaran drama.

Akui Naim ketika ditemui XTRA, dia sempat mempelajari teknik bagaimana pesakit menjalani aktiviti harian sepanjang berada di set penggambaran drama Pia.

“ Saya ambil tanggungjawab bawakan watak ini sebagai tanggungjawab berat. Bagi memastikan dapat deliver dengan baik, saya ada berjumpa dengan mereka yang menghidap penyakit ini.

“ Dari situ saya dapat belajar cara mereka bercakap, makan dan berjalan. Saya juga berterima kasih kepada kak Zara dan Abang Alif yang banyak memberi ilmu lakonan sepanjang penggambaran Pia,” katanya teruja.

Naim juga menganggap tawaran membawakan watak Budi ini antara pencapaian terbesar sepanjang terbabit dalam bidang seni.

Jom tonton lakonan hebat Naim Daniel bersama Zara Zya, Alif Satar dan Azira Shafinaz dalam Pia yang disiarkan setiap Rabu-Jumaat pukul 9 malam hanya di TV3.

SGMS Enal