Dua Tahun Kenal Hati Budi, Halim Radzi Dan Sharifah Husna Rancang Tarikh Perkahwinan

Pelakon Halim Radzi merancang untuk mendirikan rumah tangga bersama pelakon, Sharifah Husna setelah dua tahun bercinta.

Menurut Halim, keluarga kedua-dua belah pihak masih berbincang untuk mencari tarikh yang sesuai.

“Kami ada perancangan untuk ke arah itu kalau ada rezeki, Insya-Allah. Nak kata tahun ini ke, tengok dulu macam mana sebab keputusan in terletak pada dua belah pihak.

“Lagipun kami berdua mash dalam perbincangan untuk menetapkan tarikh yang sesuai,” jelas Halim.

Pelakon itu juga sempat berkongsi detik perkenalan bersama Husna, yang bermula dari gandingan bersama di dalam satu drama sekali gus menjadi titik punca perhubungan cinta.

“Pada awalnya, saya mula berlakon drama dengan Husna, masa tu dia jadi heroin dan saya pelakon pembantu. Masa tu lah detik perkenalan bermula dan kami berkawan.

“Kemudian kami berdua dapat berlakon satu drama yang saya dan dia mendapat watak hero dan heroin.

“Dari situ kami jadi lebih dekat dan alhamdulillah dah masuk dua tahun mengenali hati budi,” katanya.

Sumber: Gempak

Fatin Nurain