“Ingatkan Neelofa Dan Fazura Tadi…” – Tindakan Hawa Rizwana Betulkan Hijab Fazura Buat Ramai Keliru

Personaliti televisyen yang dikatakan mirip wajah pengacara dan usahawan selebriti, Noor Neelofa Mohd Noor iaitu Hawa Rizwana baru-baru ini berpeluang berjumpa dan menemu bual pelakon popular dan pengasas jenama Fazura, Nur Fazura dalam satu program bual bicara popular TV3, Wanita Hari Ini (WHI).

Bagaimanapun, perkongsian yang di muat naik oleh Hawa menerusi aplikasi Tik Tok miliknya itu ternyata mencuri perhatian warganet apabila ramai yang berasa teruja dan tidak kurang juga yang keliru melihat aksi kedua-dua wanita tersebut.

Malah, ada segelintir peminat yang berharap agar Neelofa mahupun Fazura segera berbaik semula dan dapat melupakan kontroversi ‘lama’ mereka.

Menerusi hantaran video berdurasi 14 saat itu, kelihatan Hawa begitu gementar apabila sempat membetulkan gaya hijab Fazura.

“Bila dapat menggayakan tudung Fazura,” tulisnya.

@hawarizwanaredz When you get to style Fazura’s scarf.. @fazuraofficial ♬ original sound – Hawa Rizwana

 Personaliti televisyen yang dikatakan mirip wajah pengacara dan usahawan selebriti, Noor Neelofa Mohd Noor iaitu Hawa Rizwana baru-baru ini berpeluang berjumpa dan menemu bual pelakon popular dan pengasas jenama Fazura, Nur Fazura dalam satu program bual bicara popular TV3, Wanita Hari Ini (WHI).

Bagaimanapun, perkongsian yang di muat naik oleh Hawa menerusi aplikasi Tik Tok miliknya itu ternyata mencuri perhatian warganet apabila ramai yang berasa teruja dan tidak kurang juga yang keliru melihat aksi kedua-dua wanita tersebut.

Malah, ada segelintir peminat yang berharap agar Neelofa mahupun Fazura segera berbaik semula dan dapat melupakan kontroversi ‘lama’ mereka.

Menerusi hantaran video berdurasi 14 saat itu, kelihatan Hawa begitu gementar apabila sempat membetulkan gaya hijab Fazura.

“Bila dapat menggayakan tudung Fazura,” tulisnya.

 

Salma Syahbuddin