Dulu Hyper Act Kini Kristal, Vokalis Kecik Perjelas Alasan

 SAH! Bekas anggota kumpulan Hyper Act, Kecik kini bergelar vokalis kumpulan Kristal yang baru.

Selepas Lan meninggalkan kumpulan yang ditubuhkan sejak 18 tahun itu, Kecik akhirnya bersetuju menyertai Kristal memandangkan syarat yang menepati permintaanya.

“ Saya diberi kelonggaran meneruskan aktiviti nyanyian secara solo. Selepas keluar daripada Hyper Act, saya lebih selesa bergerak solo dan tidak mahu lagi menyanyi berkumpulan. 

“ Apa yang membuatkan saya tertarik menyertai Kristal adalah kerana mereka memberi kelonggaran untuk saya meneruskan projek solo,” katanya kepada BH Online.

Dalam masa sama, Kecik minta diberi peluang oleh pendengar untuk membuktikan bakatnya.

“ Kalau boleh jangan bandingkan saya dengan Lan. Beri saya peluang,” katanya di sidang media memperkenalkan vokalis baharu dan pelancaran single, Cintaku Kristal, semalam.

Kristal akan menjayakan persembahan showcase di House Restaurant, G Tower, Jalan Tun Razak, di sini pada 24 November depan bagi memperkenalkan vokalis baharu, selain beraksi dalam sebuah konsert di Tawau, Sabah pada 1 Disember.

SGMS Faida