Categories: Eat Travel

Gunakan Aplikasi Google Translate Untuk Menterjemah Bahasa Asing Melalui Foto

Melancong ke negara asing memang seronok kerana anda boleh lihat tempat dan budaya baru serta jumpa kenalan baru. 

Tapi memang mencabar kalau di negara asing yang kita lawati itu, kita tak memahami bahasa yang digunakan oleh orang tempatan.

Kalau pertuturan pun tak faham, apatah lagi nak fahamkan perkataan-perkataan yang ditulis seperti di papan tanda, menu atau peta rangkaian keretapi.

Semua pun kena rujuk kepada buku penterjemahan ataupun aplikasi mudah alih dalam telefon bimbit anda. Leceh!

Nasib baik, aplikasi oleh Google, Google Translate boleh memudahkan kerja. Anda tak perlu lagi menaip sesuatu perkataan asing di ruang yang disediakan di dalam aplikasi itu. Sebaliknya, anda tangkap saja gambar perkataan itu.

Begini cara penggunaanya: Ciri-ciri kamera di dalam aplikasi ini membenarkan anda untuk mengambil gambar apa-apa papan tanda. Pengguna perlu highlight perkataan yang mereka ingin terjemahkan dan ke dalam bahasa apa. Jawapannya akan tertera dengan segera di atas skrin.

Tengok gif di bawah untuk faham.

Tangkap gambar menu, highlight perkataan yang anda perlukan pentafsiran dan aplikasi ini akan beritahu apa maksudnya di dalam bahasa yang anda fahami. Mudah saja!

Sudah ada pelbagai jenis bahasa yang anda boleh gunakan. Semalam, Google Translate telah mengumumkan penambahan 13 bahasa baru, termasuklah Arab, Thai, Vietnamese, Hindi, Bengali, Kannada dan Tamil.

Rujuk kepada laman web ini untuk mengetahui bahasa-bahasa lain yang juga mempunyai ciri-ciri ini.

Untuk cuba sendiri, muat turun dan buka aplikasi Google Translate, masukkan bahasa asal dan bahasa pemahaman anda. Klik ikon kamera, ambil foto, highlight dan ketahui penterjemahannya. Aplikasi ini disediakan untuk pengguna iOS dan Android.

Sumber: Travel+Leisure

Ad Ops