Hiburan By: SGMS Faida May 13, 2019 @ 5:55pm

E1 Gamit Raya Zaman Dulu Dalam Rindu Lebaran

Sekalipun dikecam dan mengundang pelbagai persepsi serta kontroversi dengan kehadiran single pertama, Semalam Sahaja, kumpulan trio E1 tidak mudah mengalah.

Lalu bertepatan dengan semarak bulan Ramadan dan Syawal yang bakal diraikan kelak, kehadiran single kedua, Rindu Lebaran ciptaan komposer otai S Atan dan lirik Siso Kopratasa.

Dilancarkan pada 14 April lalu serentak dengan pertunjukan koleksi raya raya Ezuwan Ismail, video muzik lagu raya itu akhirnya dapat ditonton di platform YouTube Indigital Music selepas genap sebulan.

Tarikh 14 Mei dipilih untuk mempersembahkan video muzik terbitan The Awd ini bermula jam 7 malam.

“Konsep yang kita ketengahkan dalam video muzik ini seperti zaman dulu. Saya, Zulyasrani dan Ariff Imran digambarkan macam tiga bujang trang tang tang ala filem Do Re Mi. Sentuhan kali ini sangat klasik. Memang kalau tengok video muzik ini, dapatlah menggamit suasana beraya di kampung.

“Kisahnya kami bertiga ini nak memikat seorang gadis datang beraya ke rumah keluarga selain menjemput rakan serta taulan.

“Suasana tangkap ayam untuk dibuat rendang di pagi raya juga cukup menyeronokkan. Malah ada babak kami naik basikal di tepi sawah,” kata Ezuwan.

Penggambaran video muzik dilakukan membabitkan dua lokasi berbeza.

Satunya di sebuah rumah di Keramat dan seterusnya di Demang Abdul Ghani Gallery, Merlimau, Melaka.

“Pengalaman video muzik ini cukup memenatkan di tambah pula dengan cuaca panas. Kebetulan saya pula baru pulang dari China atas urusan kerja.

“Tiba saja di lapangan terbang Kuala Lumpur terus ke Melaka. Bayangkan panas terik itu rasa macam sejengkal saja di atas kepala. Babak mengejar ayam memang paling mencabar tambah pula kami bertiga tak pandai pegang ayam sangat.

“Tetapi melihat hasilnya, penat itu kira berbayar dan berbaloi sangat. Mood nak beraya itu memang dapat dirasai dalam video muzik ini

“Malah video teaser yang dirakamkan awal di sebuah rumah di Keramat juga dimasukkan sekali di dalam video muzik ini,” katanya.

Dalam pada itu, Ezuwan berharap video muzik dan lagu ini dapat diterima ramai.

“Paling utama, lagu dan video muzik ini juga mempunyai mesej untuk mengajak kita pulang bertemu keluarga di hari raya. Ambil cuti dan sama-sama raikan hari raya nanti dengan penuh kesyukuran.

“Judul lagu ini saja sudah menjelaskan betapa kerinduan itu cukup menebal itu bersalam dan memeluk erat ibu bapa dan keluarga tersayang,” katanya lagi.

Video muzik ini sekali lagi menampilkan Aprena Manrose sebagai pelakon utama selain anggota E1 seperti dalam Semalam Sahaja.

Malah video yang turut memaparkan koleksi baju raya Ezuwan Ismail tahun ini dengan nama koleksi Rindu Lebaran menampilkan model lelaki dan wanita.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 10 Nov 2021
Featured Wed, 1 Dec 2021

“Tak Semput Ke Motor Bang?” – Pengalaman Pasangan Ini Ke Kota Paris Naik Motor Honda RS150R Mengujakan Netizen

Boleh ke kita mengembara ke kota Paris dengan hanya menaiki motosikal? Sepasang suami isteri ini membuktikan mengembara ke negara Eropah dengan menaiki motosikal bukanlah perkara yang mustahil. Baru-baru ini seorang pengguna TikTok dibawah nama pengguna […]

Hiburan Tue, 19 Nov 2019
Featured Wed, 6 Oct 2021

Semak Syarat Layak Mohon Bantuan RM10,000  One Off Buat PKS Bermula Esok

Menerusi Pelan Pemulihan Nasional (PPN), kerajaan Sarawak telah melancarkan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 7.0 berjumlah lebih RM800 juta bagi memperkasakan aktiviti perusahaan dan perniagaan. Terbaru, pendaftaran BKSS 7.0 berjumlah RM5,000 (Fasa1) akan mula dibuat […]

Hiburan Wed, 6 Dec 2017

余文乐结婚啦!彭于晏搞笑P走新娘献祝福

余文乐5日晒出婚礼现场照宣布结婚,与台湾“皮带大王”千金王棠云(Sarah)走入婚姻殿堂!他好友也是外界戏称的「绯闻男友」彭于晏也飞到墨尔本见证婚礼。

Hiburan Thu, 7 Mar 2019

「肥妈」携手众好友6月云星剧场爆笑登场

「肥妈」6月携手好友李丽霞、黎耀祥及阮兆祥登云星剧场,准备为大马观众带来一个欢乐爆笑的夜晚。

Featured Mon, 10 Jul 2023
Hiburan Wed, 25 Oct 2023
Featured Wed, 8 Feb 2023