Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi October 25, 2023 @ 2:34pm

Diana Danielle Bersuara Isu Usahawan Jual Produk Bertemakan Palestin – “Tak Seharusnya Fokus Kepada Isu Kecil, Kena Buka Mata…”

Pelakon jelita, Diana Danielle tampil memberi respons berhubung isu usahawan terkenal yang dikritik mengambil ‘kesempatan dalam kesempitan’ rakyat Palestin gara-gara menjual barangan bertemakan solidariti Palestin.

Diana ketika ditemui baru-baru ini berkata, isu tersebut tidak seharusnya menjadi bualan masyarakat kerana dianggap menjadi satu tiang penghalang fokus kepada isu sebenar.

Jelas isteri kepada aktor sensasi Farid Kamil ini, dia mempercayai bahawa usahawan mempunyai cara tersendiri dalam mengumpul dana dan apa yang penting adalah niat sebenarnya.

“Pertama sekali saya tak nak distract orang lain daripada isu kecil macam usahawan ambil kesempatan ataupun itu tanggapan orang, kita seharusnya memberi tumpuan kepada rakyat Palestin.

“Mereka tak ada masa untuk kita bergaduh tentang isu kecil ini. Businesses have different ways untuk kumpul dana kepada Palestin dan kita pun ada banyak cara nak bersedekah. Tak ada paksaan pun untuk kita nak beli atau memberi sokongan.

“Kita tak boleh lupa isu sebenar which is orang-orang Islam dan orang yang ada hati perut perlu membuka mata sebab sekarang tentera zionist Israel is being super aggressive to the Palestinian people.

“Bila bergaduh dengan isu kecil, ini apa yang ‘mereka’ (Israel) mahukan supaya kita distracted daripada isu sebenar.

“Kalau kita kira setiap minit ada rakyat Palestin yang dibunuh. Pada saya, cara orang nak buat bisnes, nak buat untung itu antara dia dengan urusan dia. Yang pasti bantuan yang dia berikan sampai,” ujarnya ketika ditemui XTRA baru-baru ini.

Sebelum ini, penyanyi Naim Daniel meluahkan rasa kesal terhadap usahawan popular apabila mengelurkan produk bertemakan Palestin sehingga dilabel ‘opportunist’.

Malah, usahawan kontroversi, Datuk Aliff Syukri juga dikecam gara-gara ‘mengeksploit’ isteri pengarah sensasi, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar dalam penjualan tudung sambil menunjukkan solidariti kepada Palestin.

Artikel Berkaitan: Keluarkan Produk ‘The Palestine’, Naim Daniel Tempelak Jenama Vivy Yusof? – “Dua-Dua Opportunist”

Artikel Berkaitan: Buat Video Sedih Berarak, Berkaki Ayam Tanda Sokong Palestin, Aliff Syukri Dikecam ‘Eksploit’ Ira Kazar Promosi Tudung

Artikel Berkaitan: Kembali Bersatu, Diana Danielle & Farid Kamil Kini Dalam Fasa Menyesuaikan Diri – “Kami Cuba Yang Terbaik Untuk Anak-Anak”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 18 Oct 2022
Hiburan Mon, 16 Sep 2019

Permata Hati Azrinaz

Hari gembira buat bekas personaliti televisyen, Azrinaz Mazhar Hakim dan suaminya, Fairos Khan Abdul Hamid apabila dianugerahkan seorang ‘puteri’ pada hari Ahad, 15 September jam 10.20 pagi, 13 hari sebelum harijadi Azrinaz yang ke 40. […]

Featured Thu, 26 May 2022

“Janda Yang Paling…” – Bekas Kekasih Mahu Kahwini Sera

Haa ada yang dah bagi hint tu… agak-agak Shuk jealous tak? 😂

Hiburan Mon, 3 Sep 2018

Kena ‘Bahan’ Di Instagram Perkara Biasa, Tak Payah Komen Lebih-Lebih – Zarina Anjoulie

Fathia Latiff sengaja mahu membahan beliau dengan memuat naik gambar tersebut dilaman sosialnya.

Trending Mon, 6 Apr 2020
error: Content is protected !!