Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi October 20, 2023 @ 8:02pm

Kembali Bersatu, Diana Danielle & Farid Kamil Kini Dalam Fasa Menyesuaikan Diri – “Kami Cuba Yang Terbaik Untuk Anak-Anak”

Pelakon jelita, Diana Danielle berkongsi perkembangan rumah tangga terkini bersama aktor dan pengarah sensasi, Farid Kamil selepas timbul persengketaan dalam hubungan mereka suami isteri.

Diana ketika ditemui baru-baru ini berkata dia dan Farid sedang menyesuaikan diri dan cuba untuk melakukan yang terbaik demi anak-anak mereka, Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.

“Mungkin agak kelakar untuk disebut, tapi saya dan Farid dalam fasa menyesuikan diri.. Kami berdua. memikirkan banyak perkara.

“Kami tidak boleh restart semula hubungan itu sebab dah ada anak-anak kan, kami hanya melakukan yang terbaik untuk Muhammad dan Aurora serta perbaiki apa yang perlu dalam hubungan ini,” katanya.

Sementara itu, aktres filem popular Imaginur ini juga menafikan sedang berbadan dua seperti didakwa ramai.

Diana Danielle

Sebelum ini, Diana dan Farid mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 namun sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Subang pada 10 Ogos lalu.

Pasangan ini bagaimanapun membuat keputusan untuk rujuk semula pada 31 Ogos selepas 21 hari berpisah.

Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.

Artikel Berkaitan: “Farid Buat Keputusan Yang Bagus Untuk Masa Depan Anak-Anak” – Fadzil Zahari

Artikel Berkaitan: Suka Melabur Emas, Anggap Beli Barangan Mewah Pembaziran… Diana Danielle Tak Kisah Belanja Mahal Untuk Pembelajaran Anak-Anak & Bercuti

Artikel Berkaitan: Diana Danielle Syukur Doa Anak-Anak Agar Tetap Satu Keluarga Termakbul – “Saya Terharu…Rasa Sikit Lega”

Artikel Berkaitan: #BabyXTRA: Bahaya Bagi Anak Main Gajet Selalu, Tak Suka Fikir Negatif.. Adira Suhaimi Jadi ‘Best Friends’ Dengan Anak-Anak

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 11 Sep 2019
Events Fri, 7 Sep 2018

Jurnal Minggu Ke-8 : #daiTV3 Beriadah Sambil Terokai Pengalaman Jadi Buruh Binaan

Saksikan jurnal Da’i bagi mengetahui aktiviti Para Da’i kita sepanjang minggu sebelum ke pentas Pendakwah Nusantara Musim Ke-6

Featured Wed, 21 Sep 2022
Trending Tue, 21 May 2019

Perang Telefon Pintar Huawai Dan Apple, Apa Nasib Syarikat Huawei?

Dipercayai motif di sebalik tindakan itu adalah kerana Amerika Syarikat percaya bahawa telefon pintar Huawei dari negara China dapat mengintip kegiatan yang berlaku di AS.

Kes Mahkamah Mon, 10 Jul 2023
Featured Wed, 22 Jan 2025

“Bertiga Sementara, Bocey Selamanya” – Achey

Achey mengambil kesempatan memanjatkan doa buat sahabatnya itu.

Hiburan Sun, 23 Mar 2025

Tekanan Darah Cecah 170 Jadi Penyebab Ifa Raziah Pengsan… Ditahan Di Hospital Untuk Jalani Rawatan

Menurut suami Ifa Raziah, tekanan darah isterinya yang tinggi menjadi punca pengsan.

Hiburan Thu, 8 Mar 2018

Super Junior Will Comeback With Repackaged Album Soon!

The Kings of Hallyu will be back with their newest repackaged album! ELFs are you guys ready to see the boys on TV again?

error: Content is protected !!