Selebriti By: Atiqah Johari October 20, 2023 @ 8:15pm

“Farid Buat Keputusan Yang Bagus Untuk Masa Depan Anak-Anak” – Fadzil Zahari

“Alhamdullillah dia buat keputusan yang bagus untuk dia dan masa depan anak-anaknya. Kami mendoakan yang terbaik buatnya,” katanya.

Itu jawapan adik Farid Kamil, iaitu Fadzil Zahari mengenai abang yang sudah rujuk kembali dengan bekas isteri, Diana Danielle pada 31 Ogos lalu selepas bercerai menerusi Zoom pada 10 Ogos lalu.

Bagaimanapun, Fadzil yang juga suami kepada pelakon, Yana Samsudin itu berkata dia belum berkesempatan untuk berjumpa dengan Farid dan Diana berikutan kesibukan masing-masing.

“Selepas mereka kembali bersama, saya belum lagi berjumpa dengan dia tapi kita sebagai adik mendoakan supaya mereka bahagia.

“Sememangnya ketika dia berhadapan dengan masalah itu, saya bersama dengan dia dalam tiga hingga empat bulan sebab saya tahu dia seorang, bila orang yang ada masalah ini berseorangan, takut dia buat benda merepek jadi saya lepak dengan dia dalam tiga hingga empat bulan itu.

“Bila dia buat keputusan untuk pulang ke pangkuan isterinya, ia baik untuk dia. Tapi kali terakhir kami berjumpa adalah pada hujung Ogos lalu,” katanya kepada XTRA.

Malah, dia juga tiada rasa ralat atas keputusan yang dibuat oleh abangnya meskipun sudah meluangkan masa menemani Farid.

“Saya jalankan tanggungjawab sebagai adik dan ibu bapa pun harapkan saya sebab saya buat bisnes jadi masa saya boleh aturkan, sebab adik beradik saya yang lain semuanya doktor. Jadi mereka terikat dengan kerja.

“Jadi kalau nak kata ralat atau tidak, tidaklah sebab dalam tempoh saya temankan dia, saya okay sahaja.

“Keputusan atas diri dia, sebagai adik saya sudah menasihatkan apa yang patut dibuat dan ia berbalik pada pilihan dia sebab dia yang melayari rumah tangganya. Kita doakan keputusan itu baik buatnya,” ujarnya.

Namun begitu, Yana mengakui seisi keluarga mentuanya berasa sedih ketika Farid berhadapan dengan konflik rumah tangga.

“Semuanya bersedih. Kita tahu semua orang ada salah, dan sebagai satu keluarga pastinya semya terasa dan pastinya semua orang bersedih disebabkan kejadian itu. Tipulah kalau tiada rasa apa-apa,” katanya.

Tambah Yana, dia dan suaminya sebolehnya tidak mahu terlalu masuk campur bab perkahwinan kerana ia adalah hal peribadi.

“Kalau bab perkahwinan, tak boleh nak masuk campur sangat sebab kalau orang tua pun akan nasihat benda yang sama. Tengah bergaduh memang masam nanti bila sudah baik, takut kita pulak yang kena.

“Dalam ketika mereka diuji kita tolong bagi sokongan. Apa yang nak berlaku dalam hidup mereka, mereka boleh pilih sendiri,” katanya.

Terdahulu, Diana dan Farid mengesahkan rujuk semula selepas sah bercerai talak satu 10 Ogos lalu. Selepas 11 tahun perkahwinan, Diana dan Farid bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor.

Fadzil dan Yana berkongsi perkara itu selepas acara pelancaran produk minuman susu Bagoos Oat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini, petang tadi.

Selain industri hiburan, ibu kepada dua orang anak ini yang juga aktif dalam dunia penstriman permainan video atas talian sejak empat tahun lalu, juga tidak jemu meneroka bidang baharu, yang mana Yana kini muncul dengan produk minuman terbaharu minuman susu oat Bagoos.

“Sebelum ini pun ketika saya keluarkan jenama tudung sendiri, saya pakai dahulu baru saya hasilkan dan pasarkan.

“Samalah juga dengan minuman susu oat Bagoos ini, bila saya keluarkan produk minuman ini, bermakna saya sendiri sudah mencubanya dan semestinya untuk seisi keluarga saya. Bukan sahaja berkhasiat, lazat dan tambah tenaga” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 4 Feb 2018

Selepas 6 Tahun Bercinta, Mikael Deaz Dedah Hubungan Dengan Ratu Cantik Dunia 2013.

“Saya tahu, pasti ramai yang akan terkejut apabila mengetahui usia hubungan cinta kami. Bukan sengaja merahsiakan tetapi saya kurang gemar berkongsi cerita peribadi,” kata Mikael Daez.

Featured Thu, 23 Feb 2023

Individu Dakwa Mata Bella Astilah Bengkak, Ramai Tampil Backup – “Itu Bayang!”

Perasaan korang je kot tu. Cantik Bella walaupun tanpa makeup 🤩 Moga Bella sentiasa dibawah perlindunganNya

Featured Wed, 12 Apr 2023
Featured Thu, 4 Apr 2024

Aliff Aziz Lebih 8 Kali Ke Pavillion Suites, Bella Astillah Dedah Bukti Ruhainies Berbohong -“Waktu Tu Mereka Ada Bersama”

Allahuakbar! Geramnyaaaa dengar bila Bella cakap Ruhainies buat-buat terkejut😡😡😡

Featured Mon, 1 Aug 2022

[VIDEO] Keadaan Kritikal Akibat Jangkitan Kuman Merebak, Ramai Titip Doa Agar Ainul Mardhiah Cepat Sembuh 

Allahuakbar..Syafakillah adik Ainul.. Sama-sama kita doakan adik Ainul cepat sembuh