Trending By: Aqilah Paharuzi January 16, 2024 @ 5:41pm

Busuk Hati! Wanita Sanggup Sihir Adik Ipar Yatim Piatu Kerana Tiada Anak, Bengang Kerap ‘Enjoy’ – “Perut Dah Membusung, Niat Awal Nak…”

Luahan seorang individu wanita yang mengakui telah menghantar sihir kepada adik ipar yatim piatu meraih perhatian ramai di media sosial.

Menerusi platform X, wanita berkenaan seakan tidak berpuas hati melihat adik lelaki dan isterinya itu kerap berjalan menghabiskan duit namun tidak ikhtiar untuk memiliki zuriat meskipun sudah dua tahun berkahwin.

“Sumpah aku tak tahu nak buat apa sekarang. Aku santau adik ipar aku, mula niat aku cuma nak dia sakit sikit dan gaduh dengan adik aku je.

“Sebab ye lah, dah dua tahun kahwin, asyik pergi travel dengan adik aku, sana sini habiskan duit, beli emas, anak tak reti ikhtiar pun. Aku ni anak pun dah tiga.

“Mak aku mestilah nak tengok cucu dari adik aku juga. Tapi tak reti-reti ikhtiar.

“Anak-anak aku pun dah besar bukan baby lagi. Mesti mak aku rindu nak ada cucu baby. Tapi dua ekor si*l tu masih nak enjoy!,” dedahnya.

Lebih parah, keadaan adik ipar wanita berkenaan semakin teruk sehingga perut membusung dan bau badan sangat busuk.

Dalam perkongsian sama, wanita itu akui menyesal atas perbuatannya dan mahu menarik semula sihir tersebut kerana bimbang sekiranya terbongkar dia adalah penghantar sihir.

“Sekarang aku tak tahu macam mana nak tarik balik sihir tu. adik ipar aku sampai dah berhenti kerja, perut membusung, bau badan busik sangat-sangat.

“Adik aku minggu lepas tanya mak aku patut cerai ke tak dgn perempuan tu. aku sebenarnya happy tapi kesian sbb perempuan tu anak yatim.

“Cumanya, mak aku suruh ikhtiar berubat dulu. Possible ke kantoi aku yang hantar? Sumpah aku takut kalau adik aku tahu aku yg hantar. Aku nak tarik balik sihir tu sebelum diorang check!,” katanya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang terkejut membaca pengakuan individu berkenaan serta tidak menyangka wujud manusia yang tidak mempunyai hati perut.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, aktres jelita Tiz Zaqyah turut meluahkan rasa berang terhadap perbuatan terkutuk wanita tersebut.

“Busuknya hati manusia. Semoga kau dapat balasan depan mata sakit sekali berkali ganda depan mata. Rasa macam nak cari je siapa,” tulisnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 17 Apr 2018

Terlebih Lena Dalam Teksi, Polis Terpaksa Kejut Penumpang ‘Tidur Mati’!

Selepas beberapa minit cuba mengejutkan lelaki itu, pemandu teksi mengambil keputusan membawanya ke Balai Polis Sikamat kerana dia tidak tahu alamat rumahnya. 

Featured Mon, 15 Mar 2021

“Saya Kena Usaha Lebih..” – Menang Tempat Ke-3 AJL35, Wany Hasrita Dedah Persiapan Berduet Dengan Jamal Abdillah

Meraih tempat ketiga di Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) malam tadi, penyanyi Wany Hasrita mengakui dia harus berusaha lebih untuk setanding dengan rakan duetnya, Datuk Jamal Abdillah. Menerusi lagu Belenggu Rindu ciptaan Hael Husaini dan […]

Featured Tue, 17 Oct 2023

Tiga Bulan Rangka Persiapan Konsert, Fourtwnty Akui Banyak ‘Berehat’

Tak sabar nak pergi konsert Fourtwnty Ahad ni gaissss!🙌

Hiburan Thu, 27 Apr 2023
Trending Mon, 7 Oct 2019

Tol Tidak Jadi Di Hapuskan Betul Ke?

Apa yang terkandung di manifesto dan pemahaman tidak sama?

Featured Thu, 9 Mar 2023