Hiburan By: SGMS Enal July 19, 2019 @ 1:00pm

Eizlan Yusof Menang Anugerah Di Korea, Tahniah!

Pelakon dan penerbit, Datuk Seri Eizlan Yusof menerima anugerah Asian Most Promising Actor Award di Festival Filem Art Chunsa ke-24 (24th Chunsa Film Art Awards) di Auditorium COEX, Seoul, Korea Selatan, semalam.

“Penghargaan bukan pada saya sahaja tetapi kepada industri kreatif tanahair yang mana kita telah dikenali dan secara tidak langsung, akan membuka peluang kepada kita untuk mendapatkan kerjasama antara dua negara bagi memperkasakan industri kreatif Malaysia

“Ia juga satu penghormatan kerana Korea Selatan yang umum mengetahui adalah sebuah negara yang maju dalam industri perfileman di peringkat antarabangsa,” kata beliau.

Kategori Asian Most Promising Actress dimenangi kepada pelakon dari China, Li Yixiao, manakala Asian Most Promising Director diberikan kepada Bo Lin, juga dari China.

Asian Most Promising Award adalah kategori baru yang diwujudkan dalam festival yang diasaskan oleh Persatuan Pengarah-Pengarah Filem Korea sejak tahun 1990.

Pada acara itu, filem Parasites arahan Bong Joon-ho menang empat anugerah termasuk pengarah terbaik.

Pelakon Ju Ji Hoon dan Cho Yeo-jeong pula masing-masing membawa pulang anugerah Pelakon Lelaki dan Wanita Terbaik.

Eizlan berada di negara itu sejak 17 Julai dan pulang ke Malaysia pada 19 Julai hari ini.

Oleh: Endy Ashari

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 14 Apr 2023

“Yang Mendengar Tak Ada Otak Ke?” – Reen Rahim Perjelas Tohmahan Pemalas Bangun Sahur

Siapa je yang tak marah kalau kena tuduh bukan-bukan kan😡😡😡

Hiburan Tue, 31 Jul 2018

Fuh…Aliff Syukri Palace Sedia Dijual Dengan Harga RM 43 Juta

Jutawan berusia 32 tahun itu mahu menjual kediaman mewahnya kerana mahu membeli hotel pula. Hebat betul Datuk Aliff ni berniaga, powerlah!

Featured Mon, 10 Oct 2022
Hiburan Thu, 3 Oct 2019

‘Sampai Hari Ini, Saya Masih Tak Percaya…’- Alif Satar

Konsert anjuran Philandure dan Komited Malaysia itu diadakan bagi mengumpul dana untuk enam pertubuhan terpilih.

Fab Foodies! Thu, 8 Aug 2019
Hiburan Fri, 11 Oct 2019
Featured Mon, 28 Aug 2023