Majlis resepsi Elfira Loy dan suaminya Faris Khairol Anuar minggu lalu sekali lagi mencetuskan perbualan netizen apabila persalinan yang dipakai oleh Elfira menampakkannya seolah-olah mempunyai “baby bump“.

Akaun instagram Elfira  dihujani dengan pelbagai komen dan ucapan tahniah daripada netizen atas “kehamilannya”. Spekulasi ini dikuatkan lagi apabila Elfira memuat naik story mengatakan ramai yang memberi komen mengenai bentuk mukanya yang dilihat berbeza.

 

Dalam pada itu, Elfira turut memuat naik story yang menunjukkan beliau seakan mengidam asam jeruk. Selalunya ibu-ibu mengandung memang macam ni. Dah bagi hint ke tu?

Elfira dan Faris melangsungkan perkahwinan mereka pada 1 Januari lalu, majlis perkahwinan yang diadakan di Cyberview Resort, Putrajaya itu menjadi “wedding of the year” apabila mereka turut mengadakan 5 majlis resepsi berlainan.

Pihak Elfira atau Faris masih belum mengulas mengenai khabar angin ini. Kalau betul apa salahnya, berita baik haruslah dikongsi. Tahniah Elfira dan suami!

 

Ad Ops