Categories: Eat TravelFeatured

Resipi Buttermilk Seafood Pasta, memang terangkat habis!

Bagi mereka yang menggemari pasta, apa kata anda cuba resipi yang dikongsi oleh Restoran D’Friends Cafe

Penyediaan resipi Buttermilk Seafood Pasta sangat mudah dan ringkas, sesuai dihidangkan untuk seisi keluarga.

Bahan yang diperlukan adalah seperti berikut:

Bahan A:

  • 3 ulas bawang putih, dicencang
  • 2 tangkai cili padi, dipotong (terpulang mengikut cita rasa sendiri)
  • 1 biji telur masin, dihancurkan
  • 4 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar gula pasir
  • Garam secukup rasa

Bahan B:

  • Pasta penne
  • Makanan laut – kepah, udang dan ketam (mengikut pilihan anda)
  • Minyak zaitun
  • Susu segar
  • Tomato ceri
  • Lada benggala dipotong dadu
  • Brokoli dicelur
  • Daun ketumbar sebagai hiasan

 

Cara-caranya:

1. Kisar semua bahan A untuk dijadikan pes

2. Rebus pasta penne selama 10 minit dan toskan airnya

3. Panaskan minyak zaitun dan tumis bahan A sehingga wangi

4. Masukkan ketam, kepah dan udang. Kacau sehingga sebati.

5. Kemudian, masukkan pula segelas susu dan gaul sehingga masak.

6. Tuangkan kuah di atas pasta dan masukkan semua sayur-sayuran tadi.

7. Seafood Buttermilk Pasta siap untuk dihidangkan.

Rujuk video untuk lebih jelas. Selamat menjamu selera!

Ad Ops