Elvina pilih ‘Datuk’ selepas putus hubungan setahun!

Pelakon, Elvina Mohamad membuka kalendar perkahwinan artis bagi tahun 2018 ini apabla mengumumkan perkahwinannya dengan seorang usahawan bergelar ‘Datuk’ pada 18 Mac ini.

Jejaka yang juga dikenali dalam sukan pemotoran itu, Datuk Mohd Haniff Borhan, 31, akan meminang Elvina terlebih dahulu kira-kira sejam sebelum majlis akad nikah berlangsung. 

Pemilik nama sebenar, Norzalina Mohamad,23, akan mengadakan majlis pernikahan secara sederhana di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur kira-kira jam 3 petang manakala majlis resepsi ditetapkan pada 24 Mac ini.

Elvina bersama bakal suaminya, Haniff. Kredit: Instagram Elvina.

Berhubung wang hantaran, kedua pasangan ini memilih untuk merahsiakannya kecuali jumlah hantaran berupa tujuh dulang berbalas sembilan  daripada pihak perempuan.

Menurut laporan Berita Harian, dramatis ‘Shhh… I Love You’ ini   memilih untuk berkahwin dalam usia muda setelah bakal suaminya itu kelihatan bersungguh-sungguh mahu menjadikannya sebagai isteri.

Saya percaya, soal jodoh adalah ketentuan Yang Maha Kuasa. Cepat atau lambat bukanlah kita yang menentukannya,” ujar Elvina yang percaya keputusan berkahwin bukan penghalang kepada kerjaya seni lakonannya.  

Beliau sudah dua tahun mengenali Haniff  walau pun pernah putus hubungan selama setahun. 

Elvina  yang mempunyi darah kacukan Siam dan Melayu, berasal Teluk Intan, Perak, mula terlibat dalam bidang lakonan menerusi drama Baby Ana Milik Siapa? yang disiarkan  pada tahun 2014 melalui slot Lestary TV3.

Tahniah! 

 

SGMS Fas