Categories: HiburanSelebriti

Emma Maembong Dan Syed Abdullah, Unfollow Diri Masing-Masing?

Apa agaknya status hubungan Emma Maembong dan Syed Abdullah sekarang?

Al-maklumlah, selepas dihimpit dengan pelbagai kontroversi melibatkan kedua-duanya sehingga Emma dikatakan membuka hijab beliau disebabkan Syed Abdullah, kali ini timbul pula kontroversi apabila Emma dan Syed Abdullah saling unfollowakaun instagram masing-masing.

Jika dilihat menerusi carian di instagram Emma, beliau jelas sekali hanya mengikuti tiga akaun instagram sahaja.  Manakala, Syed Abdullah sempat menyimpan atau archive gambar-gambarnya bersama Emma Maembong. Namun, ianya hanya utnuk sementara waktu sahaja. Hurmmm, macam-macam lah!

Sehubungan  itu, ramai peminat Emma juga tidak putus-putus meninggalkan komen diruangan instagram miliknya menasihatkan agar beliau tidak terlalu beria memuat naik gambar-gambar terkini tanpa mengenakan hijab.

Apapun, sama-samalah kita tunggu statement daripada kedua-dua pihak berkenaan status hubungan mereka okay!

Salma Syahbuddin