Categories: HiburanSelebriti

Bahagia Bergelar Isteri, Raja Ilya Sarankan Peminat Kahwin Bila…

Sejak berkahwin pada awal Januari lalu, pelakon Raja Ilya nampak semakin cantik dan berseri-seri. Memang nampak sinar kebahagiaan pada pasangan sama cantik sama padan ini.

Menerusi laman Instagramnya, Raja Ilya yang kini menetap di Perth Australia sempat menitipkan pesanan kepada individu yang masih bujang agar berkahwin bila benar-benar bersedia.

“ Bila hati dah bersedia dan waktunya sudah tiba, perkahwinan amat disarankan,” katanya ringkas disertai dengan tanda pagar #kehidupan #andapilih.

Rata-rata pengikut pelakon filem Appalam ini gembira melihat idola mereka semakin bahagia bersama suami tercinta.

Raja Ilya dan suaminya Trent Garrett yang merupakan usahawan Australia berkahwin pada 23 Disember lalu dalam sebuah majlis ringkas di Perth, Australia.

Pasangan itu telah berkenalan sejak enam tahun lalu.

SGMS Faida