Enam Tahun Tanpa Lagu Inggeris, Bunkface Muncul Dengan SHIVER

Selepas kejayaan single ‘ Kita Punya Malaysia’ yang diangkat sebagai lagu tema Hari Kebangsaan 2018 Ogos lalu, Bunkface bakal tampil dengan single terbaru, Shiver yang bakal dimuatkan dalam album keempat mereka hujung tahun ini.

Lagu yang dirakam sepenuhnya di studio milik mereka sendiri iaitu, BF Rockstation menjadikan karya ciptaan Sam Bunkface ini lebih peribadi.

“ Single terbaru kami berjudul Shiver merupakan hadiah kami untuk peminat selepas enam tahun tanpa lagu Inggeris. Lagu ini merupkan sebuah eksperimen. Kami nak kelainan, anda kena tengok muzik video dan dengar lagu ini sendiri.

“ Kami sendiri tak sabar nak lihat penerimaan pendengar di luar sana,” kata Sam ketika ditemui di sidang media pelancaran ‘Shiver’ di pejabat Universal Music, hari ini.

Lebih menarik, single ini dibantu oleh penerbit bersama yang kian meningkat naik, Izzy Musa yang menjadikan lagu ini lebih unik.

Video rasmi ‘Shiver’ turut bakal dilancarkan yang dirakam di MAPS, Perak tidak lama lagi.

“ Dengan menonjolkan sinematografi yang lebih moden berbanding muzik video kami terdahulu,” katanya.

Difahamkan, video muzik ini merupakan arahan dari Bunkface sendiri dan mendapat sentuhan CST Production. 

“ Video muzik ini akan mengetengahkan Sam sendiri sebagai fokus utama dan menampilkan aksi lagak ngeri dan kumpulan ‘Stunt Legend’ MAPS, Perak.

Album terbaru Bunkface bakal dilancarkan pada hujung tahun ini dengan lagu-lagu lain seperti ‘Kembali’, ‘Apa Pun Tak Boleh’, hasil kolaborasi bersama bintang lagenda Pop Yeh Yeh, Dato Jeffrydin dan Caprice.

Peminat-peminat Bunkface, siap sedia untuk dapatkan cakera padat terhad ‘Shiver’ bermula 18 Oktober ini dengan harga RM 10 sahaja. Boleh dibeli di laman sosial, Bunkface ok! 

SGMS Faida