Erma Fatima Impi Mak Cun Ke Layar Lebar

Tidak dinafikan penerimaan penonton terhadap drama Mak Cun memang sangat luar biasa. Atas sebab itu, pengarahnya, Erma Fatima mempunyai perancangan menarik untuk musim terbaru nanti.

Khabarnya, lokasi penggambaran Mak Cun bakal dijalankan di luar negara pula.

 “ Kami mungkin mencari negara seperti China pula untuk penggambaran musim baru Mak Cun nanti,” katanya ketika ditemui pada sidang media Minggu Fesyen New York 2018 anjuran Peniagawati di sebuah hotel di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Kata Erma, Mak Cun musim kelima nanti bakal mengetengahkan fokus kepada dua cucu Mak Cun memandangkan majoriti besar peminat drama ini terdiri daripada kanak-kanak.

“ Alhamdulillah, drama ini mendapat sambutan hangat di kalangan orang kampung dan juga kanak-kanak.

“ Saya juga memasang impian untuk membawa drama Mak Cun ke filem atau animasi pula selepas ini. Doakan, semuanya masih dalam perancangan,” katanya.

Mak Cun musim kelima bakal bersiaran hujung tahun ini di TV3, Insha Allah…sama-sama kita nantikan okay!

SGMS Faida